Kecantikan

Apa Tu “Witch Hazel”, Kenapa Bagus Sangat Untuk Muka Berjerawat?

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Apa Tu “Witch Hazel”, Kenapa Bagus Sangat Untuk Muka Berjerawat?

Jika anda perasan nama “Witch Hazel” selalu dijadikan bahan dalam produk kecantikan, tetapi tidak semua mengetahui keberkesanannya. Malah, ada yang langsung tidak pernah mendengar akan sejenis tumbuhan ini. 

Tahukah anda witch hazel ini baik untuk kulit muka berjerawat, bahkan boleh merawatnya.

Witch Hazel merupakan astringen topikal yang datangnya dari kulit kayu serta daun tumbuhan yang dikenali sebagai “Hamamelis Virginiana”, dan tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika Utara. Tumbuhan digunakan oleh orang asli Amerika sejak dahulu lagi dengan merebusnya untuk merawat iritasi kulit dan juga tumor.

Foto – Selfhacked
Apa kegunaan Witch Hazel?

Witch hazel dijual dalam bentuk cecair astringent untuk keguaan luar sahaja. Oleh kerana ia mengandungi tanin, ia tidak disyorkan untuk penggunaan dalaman sama sekali.

Boleh digunakan untuk merawat pelbagai keadaan penjagaan kulit, termasuk jerawat, kerana ia menyediakan sifat-sifat astringen untuk membunuh bakteria berbahaya yang menyebabkan jerawat, dan memberikan sifat yang menenangkan yang dapat mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit.

Foto – Swanson Vitamins

Witch hazel juga boleh digunakan secara luaran untuk mengurangkan bengkak buasir, dan juga digunakan untuk merawat luka kecil dan lebam. Ia boleh digunakan untuk meredakan kerengsaan kulit kecil, seperti gigitan serangga, racun ivy, ekzema, dan psoriasis.

Apabila anda menggunakan witch hazel di wajah, ia berfungsi untuk dua tujuan, mengimbangi pengeluaran minyak dan mengecilkan liang-liang pori. Kedua-duanya berfungsi bersama untuk menyembuhkan jerawat dan memulihkan wajah anda kepada yang lebih sihat.

Bagaimana Witch Hazel bekerja untuk merawat jerawat?
Foto – Pinterest

Witch hazel sangat mudah digunakan untuk menyembuhkan jerawat anda. Mula-mula, cuci muka dengan pencuci yang ringan sekurang-kurangnya dua kali sehari, pagi dan malam. Gunakan witch hazel sebagai toner – letak beberapa titik di cotton pad, aplikasikan perlahan-lahan dan rata ke muka. Sebaik sahaja selesai, anda akan berasa wajah bersih dan kurang berminyak, bahkan membantu mengawal kemerahan jika berjemur di bawah matahari, jika diaplikasi pada waktu hari.

Rata-rata respon yang menggunakan witch hazel memberi maklum balas yang positif selepas menggunakannya, malah jerawat teruk juga pulih dengan baik.

Selamat Mencuba!

RUJUKAN

Komen Anda