Baru usia 20-an, 30-an, tetapi anda sudah mula rasa penat, tidak bersemangat, badan rasa lemah. Kenapa agaknya? Mungkin silap pada pemakanan yang diamalkan, Malaysia mempunyai pelbagai variasi makanan seperti nasi lemak, ayam goreng, rendang, kari serta pelbagai lagi yang mendorong kepada pengambilan makanan tidak berkhasiat.
Ambil contoh si cantik Thalia, walaupun sudah melepasi 40 tahun tetapi dia masih miliki bentuk badan bak orang muda, rahsianya ialah pilates. Dan pada umur 51 tahun, Halle Berry langsung tidak menampakkan tua bahkan masih kelihatan sama seperti dia menjadi gadis Bond pada tahun 2002. Ini rahsianya!
Tidak lokek berkongsi di Instagram, wanita cantik ini mempunyai cara tersendiri dengan mengamalkan “Fitness Friday” dalam mencapai body sihat dan muda. Dia baru-baru ini mendedahkan bahawa diet keto membantunya mengawal diabetes dan terus kekal sihat dan ramping. Untuk pengetahuan anda, Halle Berry disahkan miliki diabetes jenis 1.
Diet keto adalah diet rendah karbohidrat, tinggi lemak dan protein yang mencukupi, mempunyai banyak persamaan dengan diet atkins. Ini mempengaruhi pengambilan karbohidrat yang mesti dikurangkan sepenuhnya dan menggantikannya dengan lemak.
Sarapan
Halle Berry mulakan hari dengan segelas jus hijau.
Tengah Hari
Nampak sedih, tapi itulah diet yang diamalkan. Untuk makan tengah hari, Halle hanya mengambil kacang hijau yang direbus dan sos bolognese sahaja.
Berselera tak?
Makan Malam
Makan malam nampaknya hidangan terbesar untuk Halle. Di sini dia makan ikan yang dipanggang dengan sos salsa bersama cauliflower mash.
By the way, cauliflower mash memang sedap dan mengenyangkan, korang kena cuba.
Snek
Kalau hanya makan ini sahaja, memang kebulur jawabnya. Untuk memastikan kenyang sepanjang hari, Halle mempunyai snek yang terdiri daripada tomato ceri, keju dan daun bawang.
Walaupun diet keto mungkin tidak sesuai untuk semua orang, Halle mendapati bahawa ia adalah yang terbaik untuk badannya – itu yang paling penting! Walaubagaimanapun, sebelum anda membuat perubahan drastik pada diet anda sendiri, pastikan anda meminta pandangan pakar terlebih dahulu.