Tips - Percintaan

First Date? Ini Perkara Penting Anda Kena Tanya Pada Si Dia

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
First Date? Ini Perkara Penting Anda Kena Tanya Pada Si Dia

Bibit-bibit cinta sudah mula hadir, sekarang tunggu next step sahaja untuk bertentang mata dan menyatu suara. 

IKLAN

Pasti ada rasa nervous dan 100% bingung dengan apa yang perlu buat dan dibualkan sepanjang pertemuan. 

Jika anda mahu dia menjadi yang terakhir dalam pencarian, apa kata ambil masa first date ini untuk mengenali si dia lebih lanjut.

Tapi bagaimana? Cetuskan perbualan yang menarik dan ada sesi perkenalan tabir belakang melalui 6 soalan cepumas ini. 

#1 “You gila-gila tak?”

Nampak seperti soalan main-main tapi sebenarnya ini untuk tahu bagaimana si dia boleh match dengan sifat gila atau bergurau dengan anda. Sikap ini juga boleh kita wujudkan keserasian dan pergaulan yang baik. Iyalah, lain orang lain sikap gila-gila.

Foto – The Cheat Sheet

#2 “You ada anak saudara?”

Anda boleh lihat cara si dia dengan kanak-kanak dan penerimaan terhadap si kecil. Bukan semua orang sukakan kanak-kanak dan orang sekarang ada yang merancang tak mahu anak lagi! Anda boleh lihat sifat keibubapaan si dia melalui cara dia bercerita dan pengalaman bersama anak saudara atau kanak-kanak.

Foto – SheKnows

#3 “Siapa kawan baik kamu?”

Paling senang nak tahu perangai dan karakter seseorang dengan melihat siapa dengan si dia bergaul dan berkawan. Biarkan sahaja dia bercerita tentang hal rakan-rakannya, pada masa itu anda boleh kenal siapa yang biasa si dia bersama, aktiviti dan paling penting anda juga tahu dia selesa bersama dengan orang yang macam mana.

Foto – Zooks

#4 “Awak biasa menyampah tentang apa?”

Tak salah pun anda hendak tahu apa yang dia tak suka. Malah anda dan si dia boleh bertukar pendapat dan berkongsi tentang apa yang anda berdua menyampah. Cara ini boleh godek-godek perkara apa yang si dia tak suka, mana tahu sama-sama boleh perbaiki.

Foto – Unsplash

Jangan risau, soalan-soalan yang diajukan itu langsung tidak memberi sebarang provokasi pun. Secara psikologi untuk kita mengenali karakter seseorang itu.

IKLAN

Selamat mencuba dan berjaya!