Akhirnya tarikh yang dinanti telah tiba, tanggal 9 Mei bakal menjelma esok untuk mengumpulkan semua rakyat Malaysia bagi memilih pentadbiran baru yang pokoknya mampu membangunkan negara untuk jangka masa lima tahun akan datang sebelum PRU-15.
Kerana Wanista peka tentang kamu yang mungkin keliru dan baru pertama kali hendak pergi mengundi, ini tujuh langkah utama yang harus diikuti untuk mengundi esok!
#1 Semak Semula Maklumat Daftar Pemilih
Betul dah daftar? Malam sebelum hari mengundi, sila semak kembali maklumat pengundi diri kamu dan di mana lokasi pusat pengundian. Dalam masa yang sama, kenal pasti juga siapa wakil dun dan parlimen yang akan bertanding dan mewakili kawasan kamu nanti. Ini bagi mengelakkan kamu keliru pada hari kejadian. [KLIK DI SINI UNTUK SEMAK]
#2 Bawa IC/Lesen/Passport
Bagi mengesahkan kamu adalah warganegara, kad pengenalan diri perlulah dibawa bersama semasa hari mengundi. Jika tidak, lesen atau passport juga boleh digunakan. Kamu juga akan ditentukan mengikut “Saluran”.
#3 Masuk Bila Dibenarkan
Nanti akan ada petugas (lazimnya pegawai polis) yang akan menjaga di sekitar kawasan pintu masuk pusat pengundian. Oleh itu, sila ikut arahan dan kamu hanya boleh masuk setelah dibenarkan pihak petugas.
#4 Hanya Satu Jari
Penulis tidak pasti dengan PRU-14 ini bagaimana kaedah tanda dakwat dilakukan.
Namun terdahulu, pangkal jari telunjuk pengundi akan diwarnakan dengan berus berdakwat biru sebagai tanda yang anda sudah mengundi dan memasuki dean mengundi. Jika mereka minta kamu celup, celup jari telunjuk sahaja tau! Bawa tisu bersama kerana takut dakwat lebih meleleh lalu merosakkan kertas undian.
#5 Tanda “X” Pada Kota Secara Berpada
Terdapat dua helai kertas undian akan diberikan iaitu kertas undian DUN (Dewan Undangan Negeri) dan satu lagi kertas undian PARLIMEN. Pilih calon yang dikehendaki dan pangkah dalam kawasan kotak berhati-hati tanpa melebih-lebih pada kedua-dua kertas undi. Hnaya pangkah pada satu calon bagi setiap kertas undi.
#6 Pastikan Peti Undi Betul
Setelah selesai memangkah undi, terus ke meja peti undi untuk memasukkan kertas undi kamu. Pastikan kerta undi DUN dan PARLIMEN dimasukkan ke dalam peti undi yang betul. BACA nama peti undi terlebih dahulu!!!
#7 Lekas Keluar Dari Dewan Mengundi
Setelah selesai, keluar dari dewan mengundi dengan segera supaya dapat memberi laluan kepada pengundi lain pula.
Kriteria Undi Rosak
Salah satu perkara yang paling ditakuti adalah apabila kertas undi kita itu ditolak kerana dikira sebagai undi rosak, hati-hati dan pastikan kertas undi anda itu bebas daripada kriteria ini:-
1. Tak dicop atau ditanda dengan tanda rasmi ataupun tidak ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).
2. Undi lebih daripada satu calon.
3. Ada tulisan atau sesuatu tanda yang membolehkan pengundi tersebut dikenal pasti.
4. Tidak bertanda atau tanda yang selain dari tempat dan cara yang sebenar
5. Tidak menunjukkan tujuan pengundi dengan terang.
Jadi Pengundi Yang Berhemah
Apa yang paling utama, mengundi bukannya untuk diri kamu sahaja, tetapi mengundilah untuk MASA HADAPAN MALAYSIA kerana kita hidup di negara ini bersama dengan individu lain yang merumpun sebagai sebuah masyarakat. Biar berlainan agama dan bangsa sekalipun, jangan terlalu ikutkan emosi dan amarah dalam jiwa kerana jika anda membuat keputusan menurut emosi, takut ianya memusnahkan harapan generasi cucu-cicit kita pula.
Tak semestinya bila korang benci PARTI X (contoh), adun atau wakil parlimen yang bertanding untuk PARTI X (contoh) di kawasan korang tu tak bagus.
Fikir apa yang terbaik buat semua dan bukannya untuk kepentingan peribadi diri sendiri.
Sekian, selamat mengundi semuanya! ❤
PENGUMUMAN PENTING!
Berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal berlangsung esok, 9 Mei 2018, sebuah laman sesawang khusus telah dibangunkan bagi memudahkan semua untuk mendapatkan makluman sahih lagi terkini berkenaan PRU-14. Sehubungan itu, pengguna secara mudah boleh menjejak bilangan undi semasa sekaligus keputusan akhir Pilihan Raya Umum sepanjang hari esok di GE14MAP.com