Karisma Kapoor.
Terkenal dengan kulit wajah yang sempurna, bibir merah jambu, kening lebat, bermata biru dan rambut ikal mayang lembut bersinar ketika memulakan kerjayanya. Tetapi pelakon itu mengalami perubahan besar dalam kehidupannya, dan hari ini dia dikenali sebagai salah satu personaliti paling ikonik dalam industri perfileman bollywood. Sejak bertahun-tahun dia menjadi trensetter, apa sahaja sentuhan dari segi kecantikan dan fesyen, pasti menjadi ikutan anak muda di India.
Anda gemarkan fesyennya dalam Dil To Pagal Hai, keserasian bila berlakon bersama Salman Khan dan Govinda, serta pelbagai lagi. Tapi tahukah anda bahawa wanita 43 tahun ini sebenarnya merupakan pilihan pengarah untuk watak utama filem Kuch Kuch Hota Hai?
Ini 8 fakta yang anda tidak tahu tentangnya.
#1 Karisma Kapoor adalah anak perempuan pelakon Randhir Kapoor dan Babita. Dilahirkan pada 25 Jun 1974, merupakan cucu pelakon legenda Raj Kapoor dan kakak kepada Kareena Kapoor. Dia juga merupakan sepupu kepada si kacak Ranbir Kapoor.
#2 Walaupun mempunyai latar belakang dalam bidang lakonan, tetapi nasib Karisma Kapoor tidak semegah yang disangka. Dia berhenti sekolah menengah demi meneruskan impiannya menjadi pelakon. Debut pada usia muda 16 tahun menerusi filem Prem Qaidi.
#3 Telah berlakon melebihi 50 filem, Karisma telah memenangi National Film Award untuk Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Dil To Pagal Hai (1997). Beliau juga memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Terbaik untuk filem Raja Hindustani (1996) dan Fiza (2000). Dia memenangi Filmfare Critics Award Pelakon Terbaik untuk filem Zubeidaa.
#4 Karisma Kapoor ditawarkan peranan Tina dalam filem Kuch Kuch Hota Hai, walaubagaimanapun dia memilih untuk menolak kerana kekangan jadual. Jadi, Karan Johar menawarkan kepada aktres Twinkle Khanna, juga tolak. Selepas Karisma dan Twinkle menolaknya, watak Tina menjadi milik Rani Mukerji.
#5 Karisma Kapoor bukan pilihan pertama untuk filem Raja Hindustani. Sebenarnya watak utama ditawarkan kepada Aishwarya Rai tetapi terpaksa menolak kerana komitmennya untuk Miss World. Filem ini menjadi salah satu hits terbesar dalam kerjaya Karisma sehingga berjaya memenangi anugerah pelakon terbaik.
#6 Karisma juga bukan pilihan pertama untuk watak Nisha dalam Dil To Pagal Hai. Watak tersebut ditawarkan kepada Raveena Tandon. Selepas dia menolak, peranan itu diberikan kepada Juhi Chawla, Kajol, Manisha Koirala dan Shilpa Shetty, tetapi semua mengalami masalah untuk melakonnya. Akhirnya Karisma Kapoor berjaya mengambil peranan tersebut.
#7 Kebanyakan filem yang ditolak menjadi hit. Antaranya, dia ditawarkan peranan Juhi Chawla dalam filem Ishq, filem Asoka The Great yang kemudiannya diambil oleh adiknya, Kareena Kapoor, bahkan menolak filem kerjasama Hollywood – Bollywood Bride and Prejudice sebelum ditawarkan kepada Aishwarya Rai.
#8 Menjalin hubungan cinta dan bertunang dengan aktor Abhishek Bachchan, tetapi akhirnya putus. Khabar angin menyebut kerana kerjaya Abhishek seperti air pasang surut, ibu Karisma masuk campur tentang hal mereka berdua. Selepas itu, wanita cantik ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Sanjay Kapur tetapi bercerai juga.
Kebanyakan filem yang Karisma tolak semua hit, no wonder dia digelar Queen of Bollywood sekitar era 90-an.