Kecantikan

Nak Kening Cantik Tapi Tak Mahu Cukur? Ini Cara Meriasnya

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Nak Kening Cantik Tapi Tak Mahu Cukur? Ini Cara Meriasnya

Kening adalah elemen kecantikan penting yang sering dititik beratkan dalam dunia solekan. Baik yang berkening lebat atau pun tidak, rata-rata wanita lazimnya akan mencantikan kening mereka dengan teknik mencukur atau mencantas bulu-bulu kening menggunakan servis waxing, laser mahupun threading.

IKLAN

Terpulanglah kepada pilihan masing-masing namun wanita masa kini kebanyakannya lebih gemar menyimpan kening original daripada membiarkannya ia dicabut nipis. Well, it’s 2018!

Sumber: Pinterest

Supermodel Gigi Hadid umpamanya, tidak pernah mencukur kening sebaliknya mengekalkan bentuk kening aslinya dan sekali-sekala cuma merapikannya dengan beberapa produk tertentu. Manakala, aktres Lily Collins juga tidak pernah ‘usik’ tekstur keningnya yang lebat.

Istimewa buat kamu yang sayangkan kening asli, ini Wanista kongsikan tips bagaimana kamu bisa memiliki kening cantik tanpa perlu bercukur.

#1 Guna Gam

Penulis kira, ramai yang dah tahu guna cara ni kan?

Sumber: rebelcircus.com

Caranya mudah sahaja, cuma perlu sapukan gam jenis gam batang pada bahagian kening yang mahu ditutup. Jika kening terlalu tebal, boleh sapukan gam pada bahagian bawah dan juga atas. Dengan cara ini, gam tersebut akan meratakan bulu-bulu kening yang berserabut di samping membentuk satu lapisan baru berupa ‘kulit baru’.

Selepas itu, sapukan bedak asas (foundation) secara menyeluruh ke semua bahagian kening sebelum melukis bentuk kening yang diingini dengan menyapukan concealer di bahagian bawah dan atas kening. Untuk pemahaman yang lebih jelas, sila rujuk video tutorial di bawah.

#2 Guna Krim Peluntur

Cara ni mungkin korang tak pernah bayangkan pun. Sama seperti meluntur rambut, warna bulu kening juga boleh dilunturkan dengan menggunakan krim peluntur khas yang dicipta selamat untuk penggunaan di sekitar kawasan wajah.

IKLAN
Sumber: Pinterest

Penulis cadangankan untuk korang guna krim peluntur jenama Jolen ni dan boleh dibeli secara atas talian sama ada di 11street atau Shopee.

Caranya korang perlu bancuh krim tersebut sebelum disapu pada bahagian kening yang hendak dihilangkan warnanya. Biar beberapa ketika sebelum mencuci. Hasilnya, Bulu kening yang sepatutnya berwarna hitam sudah semakin pudar dan boleh tutup dengan concealer seperti biasa selepas melukis dan mewarnakan kening dengan pensil kening atau brow powder. Untuk lebih penjelasan boleh tonton video di bawah.

Apa-apa pun, jangan lupa baca arahan produk dulu sebelum diguna pakai.

Selamat beramal! ❤