Molek juga untuk digayakan sepanjang musim Hari Raya nanti, beg tangan anyaman yang berasaskan daun mengkuang atau bilah-bilah rotan sememangnya menjadi igauan buat wanita dan anak gadis masa kini.
Dahulunya ia sering menemani gaya kasual untuk bercanda di tepian pantai, namun pemakai hari ini lebih bijak memadankan ia sebagai aksesori lagend agar kelihatan manis seperti nona-nona dahulu kala -persis tas tangan bakul yang suka digayakan aktres retro Jane Birkin sekitar era70-an dahulu.
Bagi kamu yang tidak pernah gagal mengikut perkembangan semasa fesyen, wanista cadangkan lima gedung atas talian yang menjual tas tangan anyaman cantik untuk korang serbu hari ni! Untung-untung boleh melaram sakan masa raya nanti kan?!
Corgi Fashion [KLIK]
Unik, rata-rata anyaman yang dijual di gedung atas talian ini berkonsepkan “kawaii”. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan karakter jiwa kamu yang pelbagai dan ceria. Harganya pun murah-murah je!
Ravaka Malaysia [KLIK]
Jenama yang dibangunkan anak Malaysia ini sememangnya versatile dan moden. Ia ditawarkan dalam pelbagai warna sensasi khas untuk wanita yang gemarkan gaya ranggi memikat hati. Selain warna-warni terang begini, beg-beg anyaman warna pastel pelbagai saiz untuk si feminin pun ada ditawarkan Ravaka tau!
Freyja [KLIK]
Memang boleh buat orang rambang mata kalau melihat koleksi beg tangan bersumberkan kayu dan daun-daun mengkuang dari Freyja ni. Selain menjual helaian fesyen cantik, mereka juga menawarkan seleksi beg tangan mesra alam seperti beg tangan kayu yang diinspirasi dariapda jenama terkemuka Cult Gaia ini. Harga tak sampai RM200 pun.
Akar-Akar [KLIK]
Nak mencari kelainan dengan menggayakan beg kepit? Boleh tempah dari gedung atas talian yang ini dan semuanya diimport khas dari Indonesia okay! Sebelum kehabisan stok, bolehlah korang menempah awal supaya masing-masing tak ‘ternganga’ kempunan nanti.
Zejbag [KLIK]
Berpangkalan di Sarawak, beg anyaman tangan di sini teramatlah murah daripada harga beg anyaman yang dijual di butik-butik atau pusat kraf. Boleh ditempah mengikut kehendak saiz, warna dan corak pilihan pelanggan, hanya fashionista sebenar sahaja yang tahu bergaya sakan dengan rekaan-rekaan eksotik sebegini.
Everything in Styles [KLIK]
Bayangkan kamu memakai beg anyam genit ini bersama baju kebaya nyonya atau kurung kedah, mesti nampak cantik kan? Jangan tunggu lama-lama kerana stok beg tangan di gedung atas talian ini perlu ditempah awal kerana semuanya diimport dari negara luar.
https://www.instagram.com/p/Bgk45_kgdS1/?taken-by=everythinginstyles
Ingin penulis ingatkan, jenama dan harga sesebuah item fesyen itu bukanlah segalanya. Yang penting, jika kamu pandai menggayakannya di samping menyuai-padankan dengan pakaian, sudah tentu gaya yang dibawakan menjadi perhatian ramai.
Selamat membeli-belah! ❤