Tinggal lagi dua minggu untuk mereka yang muslim bakal menyambut kehadiran Ramadan. Disamping menjalani ibadah yang dituntut, waktu itu jugalah perancangan untuk meraikan hari raya dilakukan. Bersempena dengan itu COURTS Malaysia melancarkan koleksi raya iaitu dengan pelbagai pilihan sofa.
Inilah masanya untuk anda menukar sofa baru bagi mengutamakan keselesaan tetamu yang datang beraya.
Courts menawarkan dengan 14 rekaan sofa yang sesuai untuk semua keluarga atau rumah. Malah anda juga boleh memilih rekaan moden atau klasik mengikut citarasa tersendiri.
Menerusi Made-to-Order terdapat rekaan bentuk ‘L’, bersandar atau dua dan tiga sofa sebagai padanan dengan keperluan serta keluasan ruang tamu. Made-to-Order juga menekankan kualiti produk dengan tawaran harga yang rendah. Kesemua rekaan boleh dibeli dengan diskaun 35%.
Buat anda yang inginkan gaya moden dan kontemporari boleh memilih dari jenama the Rachel and Metro dari koleksi Silentnight dan the Palermo and Venice dari koleksi Nicollo.
Manakala bagi yang gemar sofa kulit boleh menempah the Torino, Donelle and Oxford. Selain itu, jenama seperti Silentnight’s Adele atau Jemma sofa dan Nicollo Messina sesuai bagi saiz ruang tamu yang kecil. Setiap harga sofa bawah daripada RM2000 sempena promosi raya ini.
Cepat kunjungi Courts Malaysia sehingga 17 Jun 2018 berbelanja perabot rumah dengan promosi ‘Bijak Berbelanja Senang Ria’.