Biasa lihat para selebriti atau orang-orang kenamaan sedang elok berjalan dengan kasut tumit tinggi semasa mengandung. Malah yang paling menarik bila Kate Middleton yang baru sahaja lepas bersalin sudah boleh bergaya elok melangkah keluar dari hospital dengan kasut tumit tinggi. Itu baru lepas 7 jam beranak!
Rasa macam tak percaya, bukan ke dari dulu lagi kita sering diingatkan ibu mengandung jangan sesekali pakai kasut tinggi kerana risikonya boleh mengancam kesihatan ibu dan bayi.
Jangan degil nak pakai kasut tumit tinggi kerana…
- Betis anda akan mudah diserang kejang bila memakai kasut tumit terlalu lama. Betis merupakan peranan penting ketika kontrasi bersalin, jika kerap mengalami kekejangan kemungkinan ia lebih teruk pada waktu bersalin
- Ibu mengandung akan mengalami perubahan postur badan dan sering mengalami sakit belakang. Memakai kasut tumit tinggi lagi memberi tekanan pada sendi pinggul, tulang belakang dan ligamen bahagian belakang pelvis.
- Rekaan kasut tumit tinggi juga tidak selesa dan kaki ibu mengandung boleh lebih bengkak dan sakit dari biasa.
- Risiko untuk keguguran boleh terjadi kerana pergerakan anda kurang stabil bila memakai tumit tinggi dan kebarangkalian untuk jatuh adalah tinggi.
Tapi anda nak juga pakai kasut tumit tinggi? Pastikan…
- Pilih tumit yang tebal, elakkan memakai tumit yang runcing
- Beli kasut yang selesa dan tidak ketat sehingga mencengkam kaki
- Pakai kasut tumit tinggi selepas selesai trimester pertama kerana waktu itu pergerakan hormon lebih lancar dan otot sudah mengembang
- Banyakkan duduk dari berdiri, biasanya nak pakai kasut tumit tinggi ini hanya untuk tampil bergaya
- Sentiasa urut dan ambil rehat sekejap bagi kaki anda.
Buat hot mommies kat luar sana, berpada-pada nak bergaya apabila mengandung. Ingat kesan pada kesihatan anda dan bayi dahulu.