Jika anda merupakan penonton setia program seisi keluarga Oh My Baby, pasti anda kenali kanak-kanak bernama Taeoh Kim. Taeoh yang juga dikenali dengan nama Inggeris Asher, adalah anak lelaki pelakon Ricky Kim.
Baby Taeoh terkenal kerana wajahnya seiras dengan EXO Kai dan sejak itu dia memenangi hati penonton Oh My Baby, bukan sahaja di Korea Selatan malah serata dunia menyukai Taeoh.
Rata-rata penonton terpegun dengan kecomelan Taeoh dan ciri-cirinya menyerupai visual yang menakjubkan Kai. Terfikir macam mana rupa EXO Kai ketika kanak-kanak, lihat sahaja Taeoh, itulah dia.
Dan siapa sangka kini Taeoh sudah membesar menjadi budak lelaki, berumur 5 tahun. Sungguh menakjubkan bagaimana anak-anak kecil berkembang dalam tempoh masa yang singkat.
Pejam celik pejam celik, Baby Taeoh sekarang kelihatan semakin tinggi, berfizikal kurus dan kacak bergaya seperti bapanya.
Tapi yang penting, masih nampak sama dengan EXO Kai. Comel!