Penulis selalu alami dilema untuk menolak ajakan teman-teman dari keluar, rasa berat hati untuk kata tidak. Iyalah kawan sendiri kan tapi kadang tak tahan juga hampir setiap minggu ajak keluar. Walaupun pada dasarnya seorang extrovert, percayalah penulis juga perlu hari rehat.
Kalau anda punya rakan yang kerap text untuk anda join party, window shopping, pergi jalan ke sana ke mari atau sikit-sikit sebut perkataan ‘jom’ memang naik rimas bukan?
Untuk menjadi sahabat yang baik bukanlah untuk menurut segalah perintah mereka. Jadi buat anda yang sama seperti penulis pening-pening nak tolak ajakan rakan, ini tips buat anda.
#1 Berterus-terang
Ini ramai yang tak boleh buat, katanya tak mahu kecilkan atau sakitkan hati kawan tapi hati sendiri? Terus-terang sahaja tentang agenda hujung minggu. Kalau mahu berehat kata sahaja anda mahu melepak dirumah dan masak, jangan sesekali menipu. Dari menipu, level of trust boleh jatuh. Biasakan untuk bercakap benar dengan rakan sendiri.
#2 Jangan terus setuju
‘Boleh jer’ atau ‘aku okay jer’ tapi selepas beberapa minit anda menyesal. Sebelum untuk terus on dengan rancangan baik anda fikir dahulu tentang masa, pelan, bajet dan banyak lagi. Bukan apa bila hati tak rela, sepanjang hari akan hidup dalam dilema mencipta alasan merepek untuk cakap ‘tak jadi’.
#3 Next time
Perkataan ‘next time‘ sudah biasa anda guna untuk mengelak bukan? Cuba jadikan next time kepada satu perkara yang mustahil. Sebaiknya pelan tarikh dan masa untuk hang out yang seterusnya jangan pakai sebut next time tapi lepas itu ghaib. Sekurang-kurang, si rakan tahu yang anda juga benar-benar mahu berjumpa cuma tidak berkesempatan.
Bertenang takkan ada kawan anda hendak putus sahabat kalau anda tolak ajakan mereka.