Peminat dan si pengaya tudung Ariani sekali lagi anda boleh mendapatkan koleksi ekslusif Ariani bersama Guardian pada harga yang lebih rendah!
Dijual secara eksklusif untuk pelanggan Guardian Malaysia, ‘Edisi Lebaran’ dihasilkan dari material berkualiti dengan empat rekaan anggun berilhamkan floral di Malaysia bersama paduan warna-warna menarik untuk digayakan Lebaran akan datang.
Bertemakan konsep ‘MEKAR’, koleksi ini menampilkan empat rekaan anggun iaitu Essential Basic Shawl (kosong), Blush Printed Square (tudung empat segi), Blooming Printed Shawl (selendang) dan yang paling istimewa, Florenscence Premium Shawl.
https://www.instagram.com/p/BiQ8r-Mgfma/?taken-by=wanistadotcom
Untuk anda yang ingin mendapatkan koleksi ini amat mudah, tanpa pembelian minimum anda hanya perlu membeli satu produk dari L’Oreal, Maybelline, Pantene, Safi dan Thymos seterusnya layak untuk membeli mana-mana skarf tersebut.
Koleksi ini bermula promosi selama dua bulan (dari 1 Mei hingga 27 Jun), dijual pada separuh harga iaitu antara RM29.90 hingga RM89.90. Dimana 54% ke 57% lebih rendah daripada harga pasaran yang disyorkan.
Raya ini gayakan koleksi eksklusif ‘Edisi Lebaran’ sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.