Masih ingat akan Rosalinda? Drama Mexico yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, watak utama Rosalinda, berperwatakan lemah lembut dan manja dengan rupa paras cantik manis. Orang kita cakap ‘sejuk mata memandang’, apatah lagi bila dia berbicara, aduhai lemah jantung mendengarnya. Selain Rosalinda, beliau juga dikenali menerusi drama lain seperti Maria Mercedes, Marimar serta beberapa judul telenovela lain yang lekat di ingatan.
Sudah berumah tangga dengan pemuzik Tommy Mottola dan miliki dua cahaya mata, Thalia merupakan salah satu penyanyi Mexico paling berjaya dan berpengaruh di seluruh dunia. Beliau telah menjual lebih daripada 50 juta rekod di seluruh dunia dan menerima banyak penghargaan, termasuklah Billboard Latin Music Awards dan Latin Grammy Award.
Kini, di usia 46 tahun, wanita Mexico ini masih kelihatan cantik dan seksi dengan tubuh badan menggiurkan, bahkan lagaknya ceria dan riang seperti remaja. Tak percaya, lihat sahaja Instagramnya, cukup membuatkan kita yang muda cemburu. Dari rambut sehingga ke hujung kaki, apa rahsia Thalia?
#1 Pilates
Umur tidak menghalangnya untuk terus kelihatan bertenaga dan mengekalkan bentuk badan idaman.
Thalia mendedahkan salah satu cara untuk mengekalkan bentuk badan ideal ialah dengan melakukan pilates, menggunakan peralatan reformer untuk rutin senamannya. Pilates bukan sahaja membuatkan lemak di perut hilang, tetapi otot badan juga akan tampak lebih tone dan cantik.
#2 Klimaks 50 kali sehari rahsia keremajaan
Terkejut?
Menerusi sebuah program temu bual, Thalia memberitahu rahsia kulitnya licin dan glowing adalah mengalami klimaks berkali-kali pada setiap hari. Tanpa segan silu, Thalia mampu mencapai sehingga 50 klimaks sehari.
“Inilah yang saya lakukan dan sebabnya saya kelihatan masih muda dan miliki kulit gebu sebegini,” selorohnya.
#3 Minum banyak air
“Air sebahagian daripada rejimen saya. Sejak kecil sehingga sekarang, ibu sentiasa mengingatkan saya membawa sebotol besar air ke mana sahaja saya pergi. Ibu kerap berkongsi kepentingan air jika saya ingin mempunyai kulit yang cantik, mata yang cerah dan juga kekal terhidrat, yang membantu saya tetap fokus dan sihat. Saya minum air dalam kuantiti yang banyak setiap hari,” jelasnya dalam blog peribadi.
#4 Rawatan rambut setiap minggu
Thalia sememangnya miliki rambut ikal mayang yang memang buat semua para gadis cemburu – lembut, berkilat dan sihat. Menurut Thalia, dia akan pastikan rambut kelihatan sihat dengan memanjakannya setiap minggu.
“Seminggu sekali saya akan melakukan topeng rawatan rambut menggunakan bahan-bahan seperti avocado dan mayonis, untuk merawat kulit kepala dari dalam,” kongsi Thalia.
Kerana kerap mewarnakan rambut, Thalia juga menggunakan minyak kelapa. Caranya, selepas mencuci rambut, Thalia tidak terus mengeringkannya terlebih dahulu tetapi meletakkan 1 1/2 sudu minyak kelapa secara merata di kepala dan kemudian membalut dengan plastik atau topi mandi, biarkan rawatan selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air sejuk dan gunakan sedikit syampu untuk menghilangkan kesan minyak. Minyak kelapa terkenal dengan kebaikannya melindungi rambut rosak.
Unik rahsia Thalia ni, lebih-lebih lagi yang nombor #2. Sangat bahaya!
Suka tengok senyuman Thalia, dari dalu sampai sekarang, manis je…