Tips - Fesyen

Lupakan Jeans, Sekarang Orang Pakai Seluar Adidas Pula

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Lupakan Jeans, Sekarang Orang Pakai Seluar Adidas Pula

Makin lama makin selesa fesyen zaman sekarang.

Jika sebelum ini Wanista pernah keluarkan trend sneakers atau kasut sukan telah menjadi dambaan wanita berfesyen. Nampaknya kali ini ada lagi pakaian sukan menjadi pilihan fesyen iaitu seluar sukan Adidas!

Trendsetter Kim Kardashian bikin viral dengan keluar rumah bersama seluar sukan Adidas bersama kasut tumit tinggi.

Foto – Wheretoget

Siapa tak teringin nak pakai seluar sukan ke majlis fesyen ‘street style’ atau kasual tanpa kelihatan ‘entah apa-apa’. Wanista kepilkan inspirasi beberapa gaya padanan untuk 

#1 Kasut tumit tinggi

Vice versa! Sneakers dipakai dengan dress tapi kali ini seluar sukan dipakai dengan heels. Tubuh si pemakai tampil lebih kemas dengan kasut tumit tinggi dan seluar sukan pun jadi lebih ranggi. Lebih cantik jika anda tuck in pakaian seperti model dibawah. 

Foto – arkib Wanista.com

#2 Pakaian labuh

Another gaya streetwear boleh tiru oleh hijabista! Anda boleh layerkan bersama jaket labuh atau oversized shirt untuk gaya sederhana dan kasual. Suka pula Wanista bila seluar sukan seperti ini langsung tak nampak kekok bila dipadankan dengan gaya ini. 

Foto – arkib Wanista.com

#3 Kemeja

Tiada masa untuk menggosok seluar slack anda? Nah, aura professional pun boleh muncul dengan seluar sukan bila disatukan dengan kemeja anda. Tambah aksesori seperti tali pinggang dan beg tangan untuk pelengkap gaya. 

Foto – arkib Wanista.com

#4 T-shirt kosong

Paling mudah, ambil sahaja mana-mana quotes t-shirt anda sarungkan bersama. Ini gaya paling senang, ringkas dan betul-betul bawa street style

Foto – arkib Wanista.com

#5 Kot atau jaket

Samada jaket bomber atau kot pejabat rock it bersama! Rasa penampilan anda tidak terjejas pun bila memakai seluar sukan dengan apa jua. Ia nampak kasual, professional dan chic pada masa yang sama. 

Foto – arkib Wanista.com

Tak sangka kan? Seluar yang selalu buat pergi kelas pendidikan jasmani sekarang dah jadi trend fesyen. Maknanya kita dulu lagi ‘pantas’ dari mereka semua ini. Hahaha~  

BACA  Nak "Show-Off" Beg Mahal, Ikut Je Cara Selebriti Popular Bergambar