Tips - Kesihatan

Mesti Buat, Ini Pentingnya Kenapa Korang Kena ‘Tidur Siang’ Menurut Pakar

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Mesti Buat, Ini Pentingnya Kenapa Korang Kena ‘Tidur Siang’ Menurut Pakar

Sedang kita bekerja, otak dan badan kita memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga dan kepekaan. Baiknya jika anda dapat meluangkan masa untuk tidur siang, paling baik sekitar tengah hari.

Tahukah anda bahawa Sepanyol dan Mexico mempunyai tradisi berehat selama 15 hingga 30 minit atau tiga jam selepas makan tengah hari. Mereka akan menutup kedai mereka dari dua petang sehingga lima petang hanya untuk tidur. Kini, banyak negara lain juga telah menyedari manfaat tidur siang dan mempraktikkan di tempat kerja.

Tidur siang yang sihat adalah antara jam 1.00 – 3.00 petang yang tidak melebihi 45 minit. Jika berlebihan, ia akan menyebabkan bangun dengan kepala berat dan badan menjadi lesu. 

Mungkin ada di antara kita yang mempersoalkan keberkesanan tidur siang, untuk itu, Wanista sediakan ini.

#1 Lebih peka dan responsif

Anda pasti ketahui bahawa tenaga mulai menurun pada waktu petang. Anda mula rasa mengantuk dan hilang fokus. Ia berlaku kepada kebanyakan kita dan kita mulai mempersoalkan keadaan itu. Cara paling senang untuk mengembalikan tenaga adalah dengan tidur siang.

Foto – StyleCaster

National Sleep Foundation mengesyorkan tidur siang selama dua puluh hingga tiga puluh minit, boleh meningkatkan kecerdasan dan prestasi tanpa membuatkan anda rasa lemah dan tepu, bahkan tidak mengganggu tidur malam.

#2 Mengubati insomnia

Sesiapa yang mengalami masalah sukar tidur malam. Praktikkan ini!

Foto – Diabetes Daily

Satu kajian mendapati bahawa individu yang tidur siang selama 15 minit akan berasa lebih fokus dan kurang mengantuk walaupun kurang tidur pada waktu malam. Ini kerana 1 minit tidur pada waktu siang bersamaan 45 minit tidur pada waktu malam! 

#3 Mengurangkan risiko penyakit jantung

Adakah anda tahu individu yang tidur siang sekurang-kurangnya tiga kali seminggu adalah 37% lebih rendah kemungkinan untuk mati akibat penyakit jantung?

Foto – Huffington News

Menurut National Institute of Health berpendapat bahawa tidur siang berguna untuk menurunkan tekanan. Tekanan tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung dan keradangan. Inilah sebab mengapa doktor mengesyorkan meluangkan masa untuk berehat semasa tekanan, kerana dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

#4 Meningkatkan daya ingatan
Foto – Islam Itu Indah

Satu kajian menyatakan bahawa tidur siang selama 45 minit dapat meningkatkan daya ingatan. Peningkatan daya ingatan ini terjadi dalam fasa slow wave sleep atau tidur gelombang pendek yang terjadi ketika tidur siang.

#5 Membantu bangun malam dari segi perspektif Islam

Tahukah anda tidur siang diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Foto – Dawn

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ianya membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari’. Tidur siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Semoga anda mengharungi hari dengan baik…

RUJUKAN : 12345

BACA  Video Viral “ASMR”, Betul Ke Boleh Bantu Individu Insomnia?