Beg tangan merupakan aksesori wajib ada pada setiap wanita setiap kali keluar rumah. Rasanya pelik jika tidak membawanya, tidak kisah bersaiz kecil, sederhana mahupun besar, as long as ada beg tangan, penampilan mereka terasa lengkap. Di situlah tempat mereka meletakkan kunci rumah, kereta, dompet, telefon pintar serta pelbagai lagi barangan peribadi.
Dan lumrah jika wanita mempunyai bajet yang lebih, mereka ingin melabur untuk beg tangan kegemaran. Iyelah selepas penat bekerja keras, apa salahnya beri reward untuk diri sendiri. Sekarang di pasaran terdapat pelbagai jenama dengan rekaan yang menarik. Dan Wanista pasti setiap wanita pasti mempunyai satu atau dua koleksi beg tangan ikonik dan berjenama. Sama seperti beberapa selebriti ini yang memilih jenama kesukaan masing-masing, bahkan acapkali dilihat memakainya.
#1 Kalau anda follow Instagram Marion Counter, anda tahu wanita ini miliki pelbagai jenis beg tangan mewah. Favorite penulis tentu sekali Fendi Mon Tresor Small FF Bucket Bag, rekaan yang sederhana kecil boleh dibawa travel, praktikal sekali.
#2 Semua orang tahu wanita cantik ini obses dengan beg tangan dari jenama ikonik Hermes, tetapi dalam kebanyakan koleksi Hermes Constance Bag menarik minat. Mungkin kerana rekaannya yang classic dan mudah disuai padan walaupun sekadar memakai t-shirt dan jeans sahaja.
#3 Walaupun sekadar memakai crop top dan jeans, tetapi LV Archlight Sneaker dan Chanel Gabrielle Backpack membuatkan penampilannya tampak mewah sekali.
#4 Comel, sesuai untuk orang muda. Jessica Jung kelihatan manis sekali mengenakan dress kuning bersama beg tangan Chloe Drew Bijou.
#5 Timeless choice! Boleh sesuaikan dengan apa gaya sekalipun. Penulis sukakan beg tangan kotak Louis Vuitton Petite Malle Monogram milik Nelydia Senrose.
#6 Laudya Cynthia Bella gemar bertukar tas tangan dan kebanyakan koleksinya dari jenama mewah dan ada yang mencecah RM100K seperti yang satu ini, Hermes Birkin 30 Cognac Ostrich Phw. Hebatkan!
https://www.instagram.com/p/BiJQAm6BRFc/?hl=en&taken-by=laudyacynthiabella
#7 f(x) Victoria memang gilakan jenama klasik Chanel dan antara kesukaan penulis sudah tentu Chanel Gabrielle Bag bersaiz sederhana seperti di bawah ini.
#8 Layak digelar style icon di Malaysia, fesyen Scha Alyahya memang tidak pernah menghampakan. Sebagai contoh, walaupun sekadar mengenakan dress dan selipar, dia lengkapkan dengan beg tangan Bao Bao Issey Miyake.
Antara kesemua jenama di atas, yang mana kesukaan korang? Penulis sukakan tas tangan Fendi yang dipakai Marion Counter dan Chanel Gabrielle.