Tahun lepas, Liza Soberano, aktres dari Fiipina ini diangkat sebagai “Wanita Paling Cantik di Dunia” oleh Independent Critics.
Pada yang tidak tahu, gadis muda ini sebenarnya keturunan Filipino-Amerika. Ayahnya adalah Filipina dan ibunya adalah orang Amerika. No wonder cantik! Walaupun begitu, aktres muda ini tidak mahu hanya dikenali kerana rupa paras cantik tetapi kita tidak dapat mengelak untuk terus mengagumi kecantikan semula jadinya.
Bercakap pada portal kecantikan Preview, Liza berkongsi tips yang diamalkan bagi mengekalkan kulit wajah bersih bersinar dan percayalah cara Liza sangat mudah.
#1 Buah-buahan paling membantu
https://www.instagram.com/p/BgjHZIRhXVI/?taken-by=lizasoberano
“Aktres Maricar Reyes mengajar saya bahawa untuk kekal kulit bersih, kena mulakan dari dalam. Untuk itu, saya makan banyak buah-buahan. Buah-buahan mempunyai antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan kejernihan kulit anda, menjadikannya kelihatan lebih muda,” jelas si cantik ini.
Baca: Nak Kurangkan Parut Jerawat Pada Muka? Makan Jer Sayur Dan Buah Ini
#2 Pelembap!
Ada tak sesiapa di kalangan pembaca Wanista yang tak pakai pelembap. Jangan okay! Meninggalkan rutin pelembap wajah adalah tidak wajar sama sekali kerana kulit akan kehilangan lembapan optimum lebih-lebih lagi apabila individu tersebut terdedah dalam keadaan yang berpenghawa dingin.
https://www.instagram.com/p/BfzdqxkHYLn/?taken-by=lizasoberano
“Saya mendapati bahawa saya perlu sentiasa melembapkan lapisan luar kulit saya agar sentiasa dilihat glowing. Saya juga mengambil vitamin seperti Vitamin E dan biotin, ianya sangat penting,” kongsi aktres yang baru 20 tahun ini.
#3 Tanggalkan mekap
Of course, benda paling penting! Dah nama pun selebriti, setiap hari perlu mengenakan mekap. Liza Soberano menekankan pentingnya menanggalkan mekap sebelum tidur untuk menjaga kulit sihat.
https://www.instagram.com/p/BcRmO5HDTP9/?taken-by=lizasoberano
“Tanggalkan semua mekap, cuci muka saya dengan pembersih, kemudian saya menggunakan toner. Kadang-kadang, jika saya rajin, saya akan menggunakan skrub muka lembut untuk membuang sel kulit mati,” tambahnya lagi.
See, bertapa pentingnya makan buah dan sayur kalau nak kulit bersih bebas cela. Hope, korang follow cara si cantik ini okay.
Selamat Mencuba!