Dah nama pun aktres, dengan kekangan jadual yang tidak menentu – perlu menghadiri acara, pengambaran filem dan drama yang adakalanya mengambil masa lama, photoshooting editorial, iklan dan pelbagai lagi. Sampaikan kita terfikir bila masanya mereka mahu bersama keluarga, menghabiskan kualiti masa bersama.
Jennifer Garner is every mom!
Kenapa? Walaupun kita tidak mengenalnya tapi melihat pada laporan berita dan foto, penulis merasakan ibu anak tiga ini seorang ibu yang sangat cool dan fun. Walaupun mengakui mengalami kekangan waktu untuk bersama keluarga, tetapi setiap masa, detik dan saat, dia hargainya sebaik mungkin.
Lihat antara momen paling best dilakukan oleh wanita 46 tahun ini.
#1 Bila Jennifer Garner memakai scarf sepanjang 12 kaki yang dibuat oleh anak perempuannya, Seraphina, 9 tahun.
Katanya, scarf rona biru lembut dan putih itu merupakan hadiah untuknya. Paling best, bukan Jennifer sahaja yang suka malah netizen turut ingin miliki satu.
#2 Jennifer Garner sanggup turun padang untuk menjual cookies sempena Girl Scout, aktiviti anak-anaknya di luar kedai.
Lihat, walaupun ibu bapa selebriti handal, anaknya tetap tidak mendapat kelebihan lain, semuanya sama rata.
#3 Teman anak-anak kencing jam 4 pagi ketika sleepover di Zoo San Diego.
Tak semua orang mampu lakukannya. Apatah lagi pagi buta. Respect!
#4 Sudi berkongsi resepi snek ringan yang dibuat untuk anak-anaknya bila road trip.
#5 Selain menjadi ibu kepada tiga orang anaknya, Jennifer juga mengakui ibu kepada ayam belaannya.
Sesekali ayamnya akan dibawa keluar bersiar-siar. Selalu asyik duduk dalam reban, teringin juga keluar.
Afterall, dia juga manusia biasa seperti kita, cumanya mereka merupakan public figure dan dikenali.