Pernah dikurniakan anugerah tertinggi kerana telah sekian lama membekalkan barangan kulit istimewa buat Ratu Elizabeth, jenama beg tangan popular Launer London baru-baru ini tampil dengan pembaharuan yang mengejutkan apabila melancarkan koleksi baharu lebih variasi buat peminatnya.
Menjadi jenama beg tangan kegemaran Ratu Elizabeth sejak tahun 1968, khabarnya beliau memiliki lebih beratus tas tangan dari jenama itu dan antara rekaan yang sering berdampingan dengannya sebagai item fesyen harian adalah Launer klasik rona hitam jenis Traviata.
BACA: 10 Fakta Menarik Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth
Lebih keterujaan, Launer turut menyatakan betapa peminatnya kini bisa mennetukan rekaan beg Launer kegemaran mereka dengan memilih dari seleksi material kulit yang ditawarkan mereka termasuklah kulit lembu, kulit ular, kulit buaya dan burung unta.
Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menentukan kombinasi warna kegemaran mereka yang kemudian boleh dihiasi dengan taburan batu permata swarovski mahupun perincian bersalut emas!
Umumnya, Ratu Elizabeth sering diangkat sebagai ikon stail meskipun sudah berumur. Menurut sumber lagi, beliau memang amat menggemari imej color blocking serta penggunaan warna-warna menonjol dalam pemakaian sehari-hari.
Malah dalam beberapa tahun ini, Ratu Elizabeth selalu dilihat mewarnai bariasan hadapan majlis pertunjukan fesyen seperti di London Fashion Week bersama Editor Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour, tidak lama dahulu.