Cinta & Perhubungan, Sponsored

Macam Mana Nak Kekal Kemesraan Walaupun Sudah “Beranak Pinak”?

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
Macam Mana Nak Kekal Kemesraan Walaupun Sudah “Beranak Pinak”?

Memiliki sebuah keluarga harmonis menjadi dambaan bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.

IKLAN

Seperti yang diketahui oleh ibu bapa, segalanya berubah apabila mempunyai anak. Perhatian anda suami isteri tertumpu kepada anak, apatah lagi ketika masih bayi – masa untuk menukar lampin, diberi makan, mandi dan sebagainya, sampaikan masa berdua langsung tidak ada.

Lama kelamaan, percikan bunga api dalam hubungan suami isteri semakin hanyut dan jauh. Malangnya inilah realiti bagi kebanyakan pasangan hari ini. Bagi membantu mengimbangi suasana rumah tangga, Motherhood.com.my

sudi memberi beberapa petua dan idea bagaimana untuk menghidupkan semula suasana romantik suami isteri.

#1 Date nights

Mungkin anda tak sanggup nak meninggalkan anak di rumah ibu bapa, tetapi mempunyai masa bersendirian sangat penting untuk mengekalkan kemesraan satu sama lain.

Foto – Abilene Scene

Luangkan sedikit masa setiap minggu untuk anda keluar dengan hanya si dia. Berikan 10 minit pertama hanya untuk berbincang tentang perkara-perkara yang menyeronokkan, cuba untuk tidak menyentuh tentang perkara-perkara seperti penjagaan anak dan kerjaya. Habiskan masa seperti anda berdua baru berkahwin.

#2 Bercuti

Ya, kejamnya bercuti tanpa anak tetapi anda perlu lakukan jua sesekali!

Foto – Business Insider UK

Pergilah bercuti dan mengembara tanpa perlu rasa bimbang tentang anak. Buat kenangan baru yang boleh membangkitkan semula rasa cinta dan sayang satu sama lain. Agar percutian tidak haru, buat perancangan sepatutnya seperti bucket list ke tempat yang seronok boleh anda pergi. Paling penting nakmati setiap kualiti masa berdua.

#3 Jadi kreatif

Jadi kreatif yang bagaimana?

IKLAN
Foto – Momtastic

Mungkin meninggalkan rumah bukan pilihan terbaik. Apa yang anda perlu lakukan ialah habiskan masa di rumah dengan menonton movie, makan malam romantik, menari bila si kecil sudah masuk tidur. Berdandan dan menjadikan masa istimewa bukan sekadar rutin harian biasa. Siapa tahu? Anda akan jatuh cinta sekali lagi.

#4 Komunikasi

Tiada yang lebih penting daripada komunikasi. Jika anda tidak komunikasi maka anda tidak tahu apa yang berlaku antara satu sama lain.

Foto – Focus on the Family

Seperti hubungan anda sebelum berkahwin dan mempunyai anak-anak, komunikasi sangat penting. Luangkan masa untuk bercakap mengenai hari anda atau apa sahaja yang anda ingin kongsikan bersama. Biarkan satu sama lain tahu bahawa anda akan sentiasa berada di samping. Komunikasi yang baik adalah rahsia perkahwinan yang sihat dan keluarga bahagia.

#5 Aspek fizikal

Mempunyai hubungan emosi penting dalam hubungan tetapi begitu juga aspek fizikal.

Foto – INLIFE Healthcare

Cari cara untuk membuatkan perhubungan bertambah panas antara anda berdua. Perkara-perkara seperti menghantar mesej seksi atau foto-foto berahi, membeli set lingerie, serta pelbagai lagi yang penulis pasti anda tahu bagaimana mahukan lakukannya. Jika sudah terlalu lama anda tidak mencium dan memeluk pasangan, lakukan sekarang kerana ia akan membantu membina semula hubungan antara berdua.

Tidak kira bagaimana anda lakukan untuk membina semula hubungan romantik tersebut, yang penting anda sentiasa berusaha untuk kekal mesra walau apa jua keadaan. Jangan tunggu sehingga anda menyedari hubungan menjadi semakin terasing baru mahu menangis kelak! Untuk mendapatkan lebih banyak tips dan trik keibubapaan atau tawaran terbaik mengenai produk bayi, lawati Motherhood.com.my sekarang!

Sekarang pergi cium suami/isteri korang…