Saat pertama kali penulis terlintas tentang bintang kacak ini sekitar beberapa bulan lalu, terus penulis berasa terpanggil untuk mencari maklumat terkini tentangnya. Ternyata sejak kebelakangan ini, tak banyak gosip mahupun story berkenaannya. “Ke mana menghilangnya Greyson Chance?”, bisik hati penulis.
Pernah popular dengan lagu “Waiting Outside The Lines”, “Unfriend You” dan “Sunshine & City Lights”, lagu-lagu penyanyi cilik ini sering sahaja dimainkan di radio-radio malah, saluran Disney Channel di Astro juga kerap menampilkan lagu-lagu Greyson suatu ketika dahulu.
Seingat penulis sejak 2013, tiada lagi lagu-lagu baru daripada Greyson Chance… mungkin waktu itu beliau fokus terhadap akedemik dan kehidupan sebagai seorang kanak-kanak normal.
Tonton Persembahan Greyson Chance Menyanyikan “Waiting Outside The Lines”
Terkini, penulis terkejut melihat perubahan besar pada Greyson Chance. Sudah kacak dan tinggi lampai! Rupanya ada sebab besar mengapa beliau mendiamkan diri selama ini.
https://www.instagram.com/p/BDt7augM1QC/?taken-by=greysonchance
Genap berusia 20 tahun, Greyson kini bukanlah Greyson yang dahulu. Cita rasa muziknya juga sudah berubah malah pandangan seksualitinya juga agak sukar diterima ramai.
https://www.instagram.com/p/BcfYQ6RH_cX/?taken-by=greysonchance
Umumnya, memang ramai anak gadis dan para peminat wanita jadi lekas jatuh hati melihat perubahan ketara pada fizikal Greyson Chance, bahkan suaranya juga sudah semakin matang dan manly. Senang kata, penulis sendiri pun terpikat tetapi sayangnya… sekitar Ogos tahun lalu, Greyson membuat suatu pengakuan besar terhadap rahsia yang telah lama disimpannya.
Sejak pengumuman yang mengejutkan ramai pihak itu dimuat-naik menerusi Instagram, baik di akhbar mahupun portal-portal hiburan, heboh semuanya menjaja cerita yang Greyson Chance telah mengaku bahawa dirinya seorang GAY. Hal berkenaan telah lama dirahsiakan walhal beliau sudah menjadi Gay sejak berusia 16 tahun!
https://www.instagram.com/p/BT_1GlQlk3N/?taken-by=greysonchance
Nampaknya, ramailah yang patah hati kan? Sudahlah semakin kacak, suara pun semakin garau tapi beliau bukanlah seperti yang kita sangka. Bagaimanapun peminatnya masih memberi sokongan yang kuat buat dirinya dan kini, Gresyon kembali aktif untuk menghasilkan muzik-muzik baharu dan antara lagunya yang mendapat perhatian adalah seperti “Back on the Wall”, “Afterlife” dan “Oceans”.
Tonton Video Muzik “Back on the Wall” oleh Greyson Chance
Jadi, apa pendapat anda tentang perubahan Greyson Chance? Untuk pengetahuan semua, karier muzik Greyson bermula sejak beliau viral dalam sebuah klip video di Youtube 12 tahun lalu kerana hebat mendendangkan lagu asal Lady Gaga berjudul “Paparazzi” biarpun baru setahun jagung waktu itu.
Sejak dari itu, beliau diundang oleh Ellen untuk ke rancangannya “The Ellen Show” sebelum menyunting Greyson sendiri menjadi penyanyi cilik di bawah label rakamannya, eleveneleven.
The second season of my life
12 years old and about to sign my first record deal ||6|| pic.twitter.com/CjHOKM4wZb— Greyson Chance (@greysonchance) June 24, 2017
Bila dah jadi begini, teringat pula dengan kisah seorang lagi bintang popular bernama Sam Smith. Beliau juga memiliki rupa paras yang kacak serta suara yang begitu ‘jantan’ namun kebenarnnya… naluri Sam Smith bukanlah untuk mencintai perempuan sebaliknya nekad memilih lelaki untuk menjadi pasangan hidupnya. Khabarnya pula, Sam Smith dan teman lelakinya, Brandon Flynn sudah sedia berkahwin dalam masa terdekat. Hmm ❤