Terdiam seketika bila membaca kisah gadis ini. Kenapa sampai begitu sekali ibu bapanya?
Sitara Wafadar yang baru berusia 18 tahun terpaksa menjadi “lelaki” sepanjang hidupnya, paling kejam dipaksa oleh ibu bapa sendirinya yang mahukan anak lelaki yang mereka tidak pernah ada.
Mempunyai lima orang adik beradik, kesemuanya perempuan, Sitara juga dikenali sebagai “bacha poshi” yang merujuk kepada seorang gadis berpakaian sebagai seorang budak lelaki, yang membolehkannya selamat menjalankan kewajiban seorang anak di negara patriarki itu.
Gadis Afghanistan ini tinggal bersama keluarganya di sebuah desa di wilayah Nangarhar, Afghanistan, terpaksa menyamar menjadi seorang budak lelaki untuk sebahagian besar hidupnya. Setiap pagi dia memakai baju dan seluar panjang dan flip flop yang biasanya dipakai oleh lelaki Afghan. Kadang-kadang dia menutup rambutnya dengan selendang dan memperdalam suaranya untuk menyembunyikan jantina sebenarnya.
“Saya tidak pernah berfikir bahawa saya seorang gadis,” jelas Sitara yang bekerja di kilang batu bata di mana dia dan bapanya bekerja enam hari seminggu sebagai buruh untuk membayar balik wang yang mereka pinjam dari pemilik dan mencari nafkah keluarga.
“Ayah saya selalu mengatakan ‘Sitara adalah anak sulung lelaki’. Ada masanya saya menghadiri pengebumian sebagai anak lelakinya, sesuatu yang tidak dibenarkan dilakukan sebagai seorang gadis.
“Apabila saya pergi bekerja, kebanyakan orang tidak menyedari bahawa saya seorang gadis. Sekiranya mereka menyedari bahawa seorang gadis berusia 18 tahun bekerja pagi hingga petang di kilang batu, maka, saya akan menghadapi banyak masalah, dan saya boleh diculik,” jelasnya.
Bacha poshi merupakan keadaan di mana kanak-kanak lelaki dihargai lebih tinggi dan hormat daripada perempuan, perempuan sering dikurung di rumah.