Beauty is Pain. Setuju tak dengan Wanista?
Lagi-lagi dalam mencari bra yang sesuai untuk aset kita ini, tidak mahu saiz yang ketat, fabrik tidak berkualiti, susah untuk mencuci, rasa tidak selesa dan pelbagai lagi. Adakalanya, dawai pada bra mencengkam bahagian payudara sehingga ianya meninggalkan bekas dan tanda, bahkan boleh membuatkan luka jika ianya berterusan.
Buat pertama kalinya, terdapat bra yang menjadikan wanita merasa ringan dan bebas! Zero Feel Summer Spring 2018 dari Sloggi memberikan anda lebih keyakinan dan keselesaan berpanjangan.
Apa yang menarik pada Zero Feel berbanding bra yang lain?
Zero Feel menawarkan kelembutan hebat dengan 360° untuk pergerakan penuh. Dengan fleksibiliti, fabrik yang digunakan, pemilihan warna trendy dan juga boleh dibasuh mesin, menjadikan bra ini yang terbaik pernah penulis guna.
Bra Zero Feel membantu wanita moden untuk melegakan tekanan bahu dan meningkatkan keselesaan pada si pemakai. Reka bentuk penuh juga membolehkan kestabilan maksimum dan ia juga dicipta kemas pada tubuh badan.
4 perkara yang Wanista suka?
Pemilihan fabrik
Dibuat menggunakan fabrik Fukui Prefecture jenis 40-gauge jersey untuk menawarkan lebih keselesaan buat si pemakai. Fabrik jersey yang lembut bila disentuh memberikan pergerakan mudah dan fit bila dipakai – anda langsung tidak rasa sesak dan lemas, penulis sendiri menggunakan koleksi Zero Feel.
Rekaan yang fleksibel
Pertama kali melihat mungkin anda merasakan bra ini tidak mampu menampung berat pada payudara kerana rekaannya yang langsung tidak mempunyai cangkuk dan sebagainya. Tetapi dengan rekaan yang ringan, ia langsung tidak meninggalkan bekas pada badan walaupun dipakai dari pagi hingga malam dan tidak menonjol pada pakaian. Lagi satu, koleksi ini boleh dibasuh mesin.
Saiz & Warna
Zero Feel menawarkan kepelbagaian saiz yang terdiri daripada S sehingga XL, jadi setiap wanita boleh miliki tanpa masalah. Koleksi ini mempunyai 8 pilihan warna trendy seperti black, peanut butter, grise, laguna, pink grapefruit jam, lovely orange, lilac dan deep-sea blue.
Harga berpatutan
Melihat pada fabrik berkualiti, harga yang ditawarkan untuk koleksi Zero Feel sangat berbaloi. Mempunyai dua pilihan – Sloggi Bralettes berharga RM169 dan Sloggi Bra-Top RM159. Tak salah mengeluarkan sejumlah wang untuk keselesaan diri.
Kalau anda suka, koleksi ini sudah berada di pasaran sejak Mac lepas.
#sloggizerofeel #sloggimy #unfastenyourself #truecomfort