Pernah dengar tentang percutian bajet mewah? Penulis bisa rangkumkan semua itu dalam diari percutian kali ini…
Minggu sudah , penulis berpeluang untuk bermalam di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur untuk 3H2M dan apa yang boleh digambarkan, ini adalah percutian dalam bandar yang paling menyeronokkan bahkan tidak menelan bajet yang begitu banyak. Yup! Meskipun kemudahan yang disediakan di hotel ini adalah bertaraf ‘stail orang kaya-kaya’.
Apabila diminta pendapat orang lain, rata-rata mereka melabel hotel ini sebagai 3 bintang. Tetapi, entah mengapa penulis mahu beri lebih daripada itu. Jom ketahui apa yang menarik bila bercuti di Hilton Garden Inn KL!
Hari Pertama
Sejurus tiba di lobi hotel tepat jam 12pm, petugas hotel terus menyambut mesra kami untuk urusan pendaftaran. Usai itu dan sementara menunggu bilik disediakan pula, kami diundang untuk menunggu di ruangan restoran sambil dihidangkan air. First impression? Terbaik!
Melihatkan pihak hotel membuka peluang kepada kami untuk menginap di bilik yang berhadapan pemandangan KLCC, kami pun menuju ke tingkat 14 untuk bilik bernombor 1414 dan sebaik kami melangkah masuk nampaknya bilik jenis “Queen Guest Room” itu tidaklah sebesar yang disangka.
Tilam empuk, check! Almari, check! Seterika dan papan menggosok, check! Peti ais mini, check! Bilik mandi cantik, check! Bangku tinjau, check! Meja kerja, check! Tingkap besar?! CHECK!!! Selama berapa hari kat HGIKL memang kami khayal menghadap KLCC. Tingkap bilik tu umpama gateaway untuk korang tengok view KL secara lebih jelas.
Around 2.30pm kami pun turun untuk lunch. Menu makan kat sini biasa-biasa je tapi rasa dia sumpah buat korang teringat-ingat. Memandangkan ada promosi untuk tiga jenis western dish yang didatangkan set bersama sup cendawan, bun panas serta teh pilihan pada harga RM20, kami pun order lah. Fish & Chips dia mengancam dan dua hari berturut-turut penulis makan menu tu untuk lunch. Antara menu lain yang ditawarkan adalah Nasi Goreng, Steak dan lain-lain. Makanan yang disediakan restoran HGIKL memang perfecto.
Untuk makan malam, kami keluar dan pergi ke pusat membeli-belah berhampiran -Sunway Putra Mall, untuk kenyangkan perut sambil bersiar.
Hari Kedua
Pagi tu kami masing-masing liat nak bangun. Empuk betul tilam dan selimut di bilik hotel ni. Selak je langsir, kami dirai dengan pemandangan berkabus dan dapat lihat mercu KLCC samar-samar dari celah-celah awan tebal. What a good start for the day! Mandi dengan aroma set mandian mewah jenama Crabtree & Evelyn… kami lekas bersiap untuk breakfast!
Untuk menu breakfast, variasi hidangan yang disediakan termasuklah roti bakar, salad sejuk, nasi lemak, buah-buahan campuran, jus, minuman panas, bijirin bersama susu segar dan pastri enak. Telur dadar dan menu sarapan barat lain pun turut disediakan. Boleh makan sampai kenyang dan kakitangan restoran sedia membantu.
Bila dah kenyang, kami cadang nak pergi gim. Untuk pengetahuan semua, gim di sini beroperasi selama 24 jam.
Malam tu kami keluar makan di satu port makan terbaik yang menghimpunkan lebih 30 jenis foodtruck dipanggil TAPAK. Dari hidangan Malaysia hinggalah ke hidangan ala Thailand dan Korea, semuanya dihimpun untuk para penggemar street food.
Dining area di sini sellau penuh… kalau korang malas nak tunggu dan cari meja kosong, boleh je ‘tapau’ dan makan kat mana-mana kawasan riadah seperti di sekitar taman KLCC.
Hari Ketiga
Bila keluar daripada lif dan masuk ke laluan sebelah kiri, belakang tu ada satu bilik dobi layan diri. Boleh cuci dan keringkan baju pada harga RM10 setiap satu sesi. Jadi untuk pelancong luar, tak perlu susah payah cari lobi.
Kami check out dalam pukul 12pm dan lepas tu cadang nak jalan-jalan around KL guna KL Pass.
Manfaat bila guna KL Pass ni korang boleh tour satu KL dengan bas dan melawat tempat-tempat tarikan pelancong sekitar KL secara percuma.
Boleh periksa harga pakej KL Pass [di sini].
Tarikan Pelancong Berhampiran
Hilton Garden Inn KL ni terletak di jalan Chow Kit, jadi bolehlah korang pergi membeli-belah secara bargain. Kat depan hotel ada banyak kedai-kedai kain, kedai permainan, kedai jual item fesyen murah yang pasti buat korang rasa rambang mata.
Untuk menggunakan KL Pass tadi antara tempat yang korang boleh masuk secara percuma adalah:-
- Aquaria KLCC
- KL Up Side Down House
- KL Tower
- Royal Selangor Visitor Centre
- Jadi Batik Gallery
- Taman Tema Berjaya Times Square
- Taman Tema Sunway Lagoon dll.
Rujuk tarikan pelacong wajib kunjung [di sini]
Pengalaman Keseluruhan
Melihatkan hotel ini adalah pilihan untuk mereka yang mahu menikmati keseronokan dalam bandar, HGIKL memang strategik dan memiliki jarak dekat pejalan kaki untuk ke mana-mana. Malah, HGIKL adalah berhadapan dengan stesen LRT.
Harga yang ditawarkan untuk setiap satu bilik juga adalah berpatutan dan boleh dikira murah kerana pada waktu-waktu tertentu, sebuah bilik di HGIKL adalah semurah RM165 satu malam.
Secara keseluruhan, kakitangan di hotel adalah sangat profesional dan sedia membantu penginap pada bila-bila masa tanpa sebarang keluhan atau kata maki.
Untuk itu, penulis memang recommend sangat untuk korang bermalam di HGIKL. Meskipun terletak di kawasan Chow Kit, keselamatan di sini adalah terkawal dan lokasinya juga strategik dan bukanlah seperti kawasan Chow Kit lorong gelap seperti yang selalu dilihat dalam drama-drama di televisyen tu.
Akhir kata, siapa bilang orang KL tak boleh bercuti di KL? Untuk keterangan lanjut sila klik [Hilton Garden Inn Kuala Lumpur].
Selamat bercuti semuanya! ❤