Penulis respect dengan komitmen yang ditunjukkan oleh segelintir pelakon tidak kiralah dari negara mana sekalipun, sanggup membuat transformasi semata-mata mahu memenuhi sebuah watak yang diberikan.
Kini, Charlize Theron telah menjalani transformasi fizikal yang sangat drastik untuk karakternya dalam filem yang akan datang, Tully, di mana dia mengalami kenaikan berat badan sehingga 50 lbs.
Bercakap kepada Entertainment Tonight, Theron mendedahkan, “Berat badan saya naik hampir 50 poun untuk filem ini. Saya ingin merasakan apa yang wanita ini inginkan (watak), dan saya fikir ia adalah satu cara untuk saya lebih dekat dengannya dan masuk ke dalam dunia wanita tersebut.”
Tetapi untuk mencapainya dan terus kekal sepanjang penggambaran, Theron terpaksa menukar cara makan yang lebih banyak. Pada awal permulaan semuanya fun tetapi lama kelamaan terasa cepat penat dan badan semakin berat akibat pengambilan makanan yang berlebihan daripada kebiasaan.
“Tiga minggu pertama, saya rasa seperti seorang kanak-kanak. Bila bersarapan pagi di In-N-Out dan minum dua milkshakes hampir setiap hari tetapi selepas tiga minggu, ia langsung tidak menyeronokkan.
“Lebih-lebih lagi bila anda perlu makan dalam jumlah yang tertentu untuk maintain berat badan. Saya perlu menetapkan jam penggera saya di tengah malam supaya terus mengekalkan berat badan, bayangkan pada pukul dua pagi saya makan secawan mac and cheese sejuk. Saya terasa penat kerana saya perlu melakukan itu semua disebabkan tuntutan kerja,” jelasnya lagi.
Mungkin pada orang lain, ianya menyeronokkan kerana dapat makan sesuka hati tetapi tidak pada Theron, satu tahap dia mengalami tekanan hebat.
“Ya, buat pertama kali dalam hidup, saya makan banyak makanan yang diproses dan minum terlalu banyak air bergula. Saya tidak rasa fun melakukan itu semua,” tambah aktres yang pernah merangkul anugerah pelakon wanita terbaik di Oscars.
Sampai begitu sekali komitmen yang diberikan untuk berlakon. Hebat!