Mungkin ada yang mengenali Conchita Wurst, lelaki cantik tetapi berjambang ini selalu memukau khalayak dalam setiap penampilannya. Conchita seorang mak nyah sebelum ini telah memenangi pertandingan nyanyian Eurovision paling berprestij di Eropah pada tahun 2014. Lebih unik, wakil negara Austria itu turut dikenali dengan gelaran “Wanita Berjambang”.
Sudah lama tidak muncul di mana-mana acara, Conchita kembali menjadi topik perbicaraan netizens selepas dia berkongsi berita yang cukup sadis.
“Saya disahkan HIV positif sejak bertahun-tahun lalu,” kongsi penyanyi pop berusia 29 tahun, yang nama sebenarnya Tom Neuwirth kepada hampir 300,000 pengikutnya di Instagram.
Conchita pada mulanya mengakui bahawa dia mahu menyembunyikan berita tersebut tetapi bekas teman lelakinya mengancam mahu menyebarkan perkara itu kepada orang ramai.
“Sejak saya mengetahuinya, saya telah menjalani rawatan dan selama bertahun-tahun tanpa gangguan. Sehingga kini, saya tidak mahu mendedahkan kepada umum mengenainya kerana beberapa sebab, terutama keluarga saya yang tahu segala-galanya dan menyokong saya sejak hari pertama,” katanya.
Conchita telah mendapatkan rawatan sejak kebelakangan ini bagi membuang pertumbuhan virus HIV, jadi ia tidak dapat dikesan lagi dalam darah.
Apapun diharap Conchita terus tabah dengan dugaan ini.