Bila bercakap tentang makanan, siapa sahaja yang tidak terpikat untuk mendengar. Rata-rata kita sendiri teruja untuk mencuba makanna yang baharu lebih-lebih lagi jika ianya cukup pelik bukan sahaj untuk dirasa, tetapi juga untuk dilihat.
Di Singapura baru-baru ini kecoh dengan kemunculan menu unik yang dipanggil “Boba Tea Toast” iaitu sejenis hidangan snek berupa roti bakar yang berintikan bebola agar-agar yang lazimnya menjadi tambahan di dalam minuman bubble tea. Hal demikian menarik perhatian ramai penduduk tempatan untuk mencubanya dan siapa sangka ia kini menjadi tular.
Pada asalnya, ilham roti bakar berinti yang dijual sbeuah kafe bernama Bistro Benjamin Browns ini telah diadaptasi dari kegilaan menu maknana jalanan di Taiwan. Melihat pada gambarnya sahaja, kita dapat meneka bahawa hidangan ini mempunyai rasa tekstur roti yang ranggup di luar namun kenyal di dalam sebaik mengunyah satu-persatu bebola agar-agar yang disertakan sebagai inti unik.
Lain daripada yang lain, maklum balas pelanggan mengatakan bahawa rasanya unik bukanlah kerana inti bebola agar-agar tersebut namun keenakannya terletak pada sos yang disira pada bebola agar-agar tersebut.
Antara variasi sos yang ditawarkan adalah termasuk perisa malt Ovaltine, bar coklat Crunchie dan Caramel Lotus dan harga untuk setiap satu sandwich roti bakar berinti bebola agar-agar itu adalah sekitar RM20.