Video kanak-kanak comel yang terjatuh ketika berjalan di pentas peragaan viral sana sini di media sosial.
Zhang Yaoyang baru berusia 4 tahun menjadi bintang sensasi internet dalam sekelip mata sejak videonya terjatuh di pentas peragaan fesyen kanak-kanak di Shanghai menjadi viral sejak minggu lalu.
Menariknya dalam video tersebut, sedang elok Zhang berjalan lurus, dia merempuh dua orang kanak-kanak lain yang berpegangan tangan langsung tidak mahu dilepaskan. Zhang dan seorang kanak-kanak tersebut jatuh dalam keadaan yang mencuit hati dan comel, bahkan penonton yang hadir turut tidak melepaskan peluang merakam momen berharga tersebut.
Difahamkan, dua orang kanak-kanak langsung tidak melepaskan tangan kerana mendengar kata-kata penganjur untuk kekal pimpin tangan dari mula catwalk sehingga akhir. Aduhai comelnya!
Nah videonya..
https://www.instagram.com/p/BhlWtb1hSbZ/?hl=en&taken-by=wannaone_official
Enjoy!