Gadis bergaya dengan memakai tudung di Malaysia biasanya digelar sebagai hijabista.
Hijabista bukan sahaja bijak bergaya dengan ketrampilan ‘muslimah’ malah mereka juga mempunyai nombor pengikut yang ramai di media sosial.
Kalau buat carian di Instagram kini, rasanya memang ramai gadis Melayu yang boleh dicop hijabista. Sama seperti muse fesyen yang lain, hijabista juga punya trend fesyen semasa.
Percayalah sedang 2018 berlaku, ini tiga gaya hijabista memang tak sudah di Instagram…
#1 Off-shoulder jaket
Rasa Neelofa dan Nabila Razali kerap mengayakan this style. Setelah itu muncul lah beberapa wannabe Lofa dan penyanyi ‘cumi-cumi’.
Jika dibarat gaya off-shoulder terdedah dengan sebelah bahu tapi hijabista kena jaga aurat, digantikan baju berlengan panjang didalam jaket.
#2 Pakai anting-anting dengan shawl
Sebenarnya gaya seperti ini sudah lama sejak tahun 2000 lagi tapi semakin mendapat perhatian bila masuk 2018.
Jika anda tak berani nak manja-manja tonjolkan cuping teling, tak silap penulis sekarang ada tudung yang tampal subang dengan shawl. Pandailah cari sendiri yer!
#3 Kaca mata oversized
Kali pertama penulis mereka pakai kaca mata sebegini terdetik ‘tak rimas ke?’ tapi kerana fesyen rimas, sakit segalanya dituruti. Samalah bila pakai kasut tumit tinggi, sakit sekalipun sanggup asal tampil bergaya.
Tak semestinya kena kaca mata rekaan oversized ala Ray Ban. Anda boleh gayakan apa jua rekaan kaca mata asalkan bingkai lebih besar dari muka. Lagikan sekarang ada pula pilihan warna neon cermin dari kuning, biru, merah dan hijau. Eh, dah macam lampu isyarat.
Apa pendapat anda dengan fesyen hijabista? Komen dan share pendapat, Wanista memang nak tahu!