Delete Instagram anda sekarang kalau rasa ianya membosankan!
Kita sedia maklum, Instagram adalah salah satu saluran media sosial yang semua orang miliki, at least setiap daripada kita membuka akuan. Muat naik foto peribadi ke Instagram adalah suatu kemestian bagi individu moden masa kini.
Dan kerana kekerapan berkongsi gambar dan video, membuatkan wall anda jadi berselerak dan nampak tidak kemas serta teratur. Untuk itu, Wanista kongsikan beberapa idea Instagram yang menarik yang menampilkan wall kemas dan mempunyai tema masing-masing. Mungkin ini dapat memberikan anda inspirasi supaya ramai yang singgah.
#1 B.A.P Bang Young Guk
Bang Yong Guk tampil Instagram yang sebahagian besar hitam dan putih. Mampu membuat foto selfie, makanan, pemandangn indah ke dalam seni hitam dan putih, menarik sekali.
#2 G-Dragon
Yang pasti, setiap kali G-Dragon berkongsi foto, rata-rata peminat sentiasa bertanya antara satu sama lain tentang aplikasi atau filter yang digunakan GD kerana ianya unik dan penuh aesthetic dengan permainan warna.
#3 Ain Edruce
Dikalangan selebriti tempatan, penulis memilih aktres Ain Edruce. Setiap koleksi foto ditetapkan mengikut tema, membuatkan ianya nampak tersusun dan kemas. Anda cuba lihat (@ainedruce).
#4 Lee Sung Kyung
Penulis cukup suka cara pemilik IG (@heybiblee) bermain dengan setiap warna. Walaupun kandungan isinya simple, tetapi aktres ini tahu cara mengendalikan setiap foto dan video yang dikongsinya dan diselaraskan mengikut kesan tona warna yang sama.
#5 Pony
Instagram Pony nampak sangat pleasant bila dilihat. Yang penulis perasan, pemilihan kesan warna sama dengan warna rambutnya, pastel. Menarik! Follow (@ponysmakeup).
#6 Heart Evangelista
Aktres cantik ini beri idea kepada si kaki travel untuk tampil foto yang menarik, walaupun sekadar bercuti dalan negara, tetapi teknik Heart menjadikan ianya kelihatan eksklusif sekali. Agaknya Heart (@iamhearte) pakai filter yang mana satu?
#7 BigBang Top
Jika anda merupakan antara pengikut BigBang Top di laman sosial Instagram, pasti anda rindukan koleksi fotonya yang pelik dan ‘tidak masuk dek akal’. Sila follow sekarang (@choi_seung_hyun_tttop).
#8 Adelaine Morin
Dikenali menerusi Youtube, gadis muda ini menggunakan template khas yang menjadikan page Instagramnya sangat aesthethic dan pleasant dilihat. Follow sekarang (@adelainemorin)
#9 Krystal Jung
Adik kepada Jessica Jung ini suka bermain dengan koleksi foto yang silhuet menampakkan kesan yang cukup menenangkan, memberi vibe seakan-akan indie. Boleh follow (@vousmevoyez)
Kalau ada mana-mana IG yang menarik, bolehlah korang kongsi…