Sesungguhnya tuhan menjadikan alam ini untuk kita manusia memanfaatkannya dari segala segi. tahukah anda bahawa daun stevia bisa menggantikan pengambilan gula harian anda?
Umumnya, pengambilan gula yang tidak terkawal mampu menyebabkan kemunculan pelbagai penyakit berbahaya seperti kencing manis, ketidakfungsian metabolisma, tekanan darah tinggi, diabetes dan banyak lagi bahkan, penyakit-penyakit ini akan mengganggu rutin harian kita sekaligus menjadi risiko kepada penghalang masa hadapan.
Definisi Stevia
Untuk itu, kajian saintis mendapati sesungguhnya gula boleh diganti dengan Stevia kerana ia merupakan sejenis pemanis kosong kalori (bukan gula) -disunting dari tumbuhan yang banyak membiak di Brazil dan Paraguay. Stevia juga dikatakan memiliki rasa yang jauh lebih manis daripada gula sebenar namun tidak berbahaya.
Ingin diingatkan, stevia bukanlah ubat yang boleh sembuhkan penyakit seperti mana ramai yang sudah salah faham kerana ia cuma mampu mengawal gula dan kalori dalam badan.
Oleh kerana itu, Stevia banyak dimanfaatkan dalam pemprosesan makanan dan minuman istimewa bagi mereka yang ingin menjaga kesejahteraan tubuh badan buat jangka masa lama.
Kebaikan Stevia & Apakah Ia Selamat Untuk Diamalkan?
Kajian menunjukan bahawa individu yang nekad mahu mengurangkan berat badan boleh manggantikan pengambilan gula dengan stevia bahkan ia juga mampu mengawal kandungan kalori dalam tubuh. Tambahan pula, kajian juga berpendapat bahawa stevia bagus untuk penghidap diabetes kerana dapat mengurangkan gula dan mengawal glukos dalam darah.
Bagi yang ragu-ragu, stevia disahkan selamat dan lulus piawai keselamatan di seluruh dunia dan bisa diambil setiap hari pada kadar yang ditentukan iaitu 4 mg/kg/ setiap hari mengikut kesetaraan steviol yang dicadangkan.
Bolehkah Kanak-Kanak Diberi Stevia?
Menurut Dr. Margeret Ashwell, stevia sesuai baik untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ia boleh dijadikan sebahagian amalan diet dan gaya hidup yang sihat malah bisa bantu mengawal pengambilan gula serta kalori. Untuk pengetahuan semua, stevia terdapat dalam beberapa bentuk termasuklah pil, ekstrak cecair, serbuk pemanis dll.
Mungkin anda boleh tukar gaya hidup dengan mengamalkan pengambilan stevia hari ini.
Selamat beramal! ❤