Mentang-mentang pilihan raya sudah semakin dekat, ramai pula peniaga yang mengambil kesempatan untuk buat duit dan salah satunya dengan kemunculan helaian tudung yang menampilkan logo-logo parti di Malaysia. Nampaknya, para pengundi wanita bolehlah tampil berfesyen di hari pilihan raya ke-14 pada 9 Mei 2018 nanti.
Menurut Bernama.com, perniagaan tudung yang menampilkan corak cetakan logo parti itu adalah milik seorang pengusaha wanita bernama Irdawati Samsudin yang katanya laris sejak kebelakangan ini.
Viral di Instagram sejak ia mula dilancarkan beberapa minggu lalu, Irdawati kini sudah mendapatkan lebih beribu tempahan dari pelanggan yang mungkin mahu bersuara tentang politik menerusi pemakaian tudung.
Antara corak logo parti yang ditawarkan adalah termasuk Barisan Nasional, UMNO, Parti Keadilan Rakyat, PAS, Parti Amanah Negara.
Ha, ada ke antara anda semua yang hendak memakai tudung logo parti sebegini nanti?