Baru-baru ini sebuah sumber menyatakan bahawa Kate Middleton telah menyebabkan kekecohan dalam kalangan wanita, lebih-lebih lagi yang gemar berhias.
Menurut Bustle.com, salah satu helah kecantikan yang diamalkan isteri kepada Putera William yang sedang sarat hamil anak ketiga itu telah diketahui ramai di mana, sanggul yang sering digayakan Kate itu rupa-rupanya telah disokong dan diliputi jejaring rambut lalu membuatkan sanggulnya tahan lebih lama biarpun tidak disembur dengan sebarang semburan rambut. Hasilnya, ikatan sanggul nampak lebih kemas dan cantik terletak.
Ramai tidak perasan akan hal itu membuatkan jejaring rambut yang dijual di kedai-kedai sekitar London termasuk gedung di atas talian juga habis dijual dalam masa beberapa minit sebaik berita dan foto yang memperlihatkan sanggul Kate Middleton secara dekat itu tersebar.
Sebagai seorang puteri yang sering menjadi tumpuan umum dan lensa kamera, Kate perlu memastikan penampilan fizikalnya sentiasa rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki dan kerana itulah, beliau sebalikya memilih cara lama untuk menggayakan rambut dengan kemas iaitu menggunakan jejaring rambut yang lazimnya dimanfaatkan para wanita zaman Victoria.
Baik sanggulnya diikat tinggi mahupun rendah, Kate akan memastikan supaya jejaring halus itu melekap pada bahagian kepalanya demi riasan rambut yang gah dan tidak selekeh.
Seperti yang kita tahu, ramai wanita dan anak gadis di luar sana yanng obses dengan gaya pemakaian Kate Middleton sehinggakan, ada yang sanggup berhabis ribuan paun semata-mata ingin membeli helaian pakaian dan aksesori sama seperti miliknya.
BACA: 5 Gambar Obsesi Gadis Yang Ingin Menjadi Kate Middleton
Umumnya, jejaring rambut atau hairnet ini dianggap seperti bra untuk stail rambut yang digayakan, anda yang “free hair” di luar sana pun mungkin boleh cuba menggayakan sanggul dengan jejaring halus agar terlihat lebih kemas dan tidak tertanggal dalam jangka waktu yang lama.
Selamat mencuba! ❤