Cinta & Perhubungan

Wanita “Queen Control”, Anda Tergolong Dalam Ciri-Ciri Ini?

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Wanita “Queen Control”, Anda Tergolong Dalam Ciri-Ciri Ini?

Wanita “Queen Control”, dia yang memerintah suami melakukan itu dan ini. Disuruh basuh baju, masak, kemas rumah, jaga anak dan bermacam lagi. Dia juga yang mengawal segala kewangan dan keputusan keluarga. Apabila isteri bersikap begini, ramai suami yang mula mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.

Umpama lembu ditarik hidung. Begitulah kata-kata kiasan yang tepat bagi menerangkan maksud sebenar wanita queen control dalam sesebuah perhubungan rumah tangga. Queen control atau terlalu mengongkong disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seseorang dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi.

Foto -The Malaysian Insight

Melihat faktor kecanggihan teknologi dunia hari ini, benarkah senario wanita queen control dianggap sudah lapuk ditelan zaman? Memandangkan wanita metropolitan masa kini lebih mementingkan etika dan nilai-nilai kekeluargaan, demi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.

Sebenarnya, kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Kewujudannya disebabkan beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita.

Foto – Kiss My Wonder Woman

Untuk kepastiannya, terdapat tiga jenis queen control – jenis mutlak, pertengahan dan permulaan.

Jenis Mutlak

Tingkah laku isteri adalah terlalu bersikap mengawal suami 100 peratus hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri.

Pertengahan

Si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu.

Jenis Permulaan

Kebiasaannya terjadi selepas setahun mendirikan rumah tangga. Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya. Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri tegasnya.

Foto – Acculturated

Adakah ia kesilapan daripada sikap lelaki itu sendiri sehingga membuatkan wanita bersikap mengongkong?

Komen Anda