Tahun 2018 ini jenama susu kultur nombor satu Jepun, Calpis telah memilih aktor Shaheizy Sam sebagai duta kedua mereka selepas penyanyi Siti Nordiana!
Dikenali dengan bakat, karakter karisma dan gaya hidup sihat yang sering beliau bawa menjadikan Shaheizy figura paling layak untuk bersama Calpis.
Menurut dari Shaheizy, dengan penglibatan bersama kempen sihat Calpis ini sangat bersesuaian dengan mantra gaya hidup beliau. Malah Calpis juga membantu dalam mendapatkan penghadaman yang sihat sekaligus membuatkan Sam lebih ceria, positif dan bertenaga.
Kebaikan susu kultur Calpis boleh dinikmati dalam enam perisa iaitu Original, Mango, Grape, Strawberry, Fibre Original dan Fibre Orange. Terdiri dari saiz 350ml dan 1liter bersesuaian mengikut kehendak pelanggan.
Memang tak dapat dinafikan kalau dilihat akaun Instagram Shaheizy Sam kebanyakan memaparkan beliau yang aktif dengan hidup sihat disamping isteri dan si comel Mat Yip tersayang.
Tahniah Shaheizy Sam diatas pelantikan ini!