Kecantikan

Wajah Sempurna Dengan 5 Item Solekan Mampu Milik Ini

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Wajah Sempurna Dengan 5 Item Solekan Mampu Milik Ini

Bukan susah pun hendak kelihatan berketerampilan. Sebagai seorang wanita, wajah yang cantik dan rapi amatlah dianggap mustahak dan rata-ratanya akan menggunakan alat solek untuk menutup cela serta kekurangan yang ada. 

Bagi kebanyakan wanita, peruntukan bajet yang diketepikan untuk membeli alat solek umumnya adalah tidaklah seberapa kerana banyak perkara lain yang perlu didahulukan betul tak? Walau bagaimanapun, tidak semestinya kosmetik berjenama yang harganya mahal itu bisa memberikan efek solekan terbaik buat wajah anda.

Dengan hanya membeli 5 item solekan terkini dari gedung kecantikan farmasi Watsons, anda sebenarnya sudah bisa berpenampilan seperti supermodel pada bajet yang rendah.

#1 Physicians Formula Brow Last: RM49.90

Menurut ulasan, pensil perapi alis baharu dari Physician Formula ini bisa membuatkan kening anda kelihatan lebat serta-merta. Mudah digunakan, formulanya yang berbentuk cecair mampu melekap lama pada permukaan kening serta menyalut bulu-bulu kening secara kemas. Ia juga hadir dengan berus spoolie yang bisa digunakan untuk menyikat dan merapi bentuk kening sebelum memulakan solekan kening.

Foto -Arkib Wanista

#2 Physician Formula The Healthy Foundation: RM79.90

Serta-merta mampu mencerahkan tona kulit anda, ia digabung dengan elemen anti-oksidan, asid hyaluronic, SPF 20 dan vitamin A, C & E.

Menurut ulasan, bedak asas ini menawarkan penutupan cela serdehana (medium coverage) bahkansesuai untuk mereka yang memiliki kondisi kulit sensitif.

Foto -Arkib Wanista

Namun begitu, warnanya akan gelap dari semasa ke semasa. Oleh itu, sila cari warna bedak asas yang satu tona lebih cerah daripada warna kulit asal anda.

#3 Physician Formula Butter Bronzer & Highlighter: RM52.90

Jika anda tak mampu membeli bronzer daripada jenama Benefit atau Highlighter dari jenama Fenty Puma, guna sahajalah rangkaian Butter Bronzer (sering sold out) dan Butter Highlighter dari Physicians Formula ini. 

Selain diiringi aroma kelapa, kekal lama dan tidak bercapuk, ia juga diperkaya denngan vitamin yang mesra untuk kesihatan kulit.

Foto -Arkib Wanista

Beauty Guru Tati pernah mengaku banyak kali bahawa Butter Bronzer adalah Brinzerterbaik yang sering menjadi kegemarannya!

#4 Physicians Formula Killer Curves Mascara: RM49.90

Idamkan bulu mata yang panjang dan melentik lebat? Manfaatkan maskara terkini Killer Curves inovasi Physician Formula ini. Ia juga mengandungi kolagen untuk meningkatkan kelebatan bulu mata tahu?!

Foto -Arkib Wanista

Harganya mungkin agak mahal untuk sebatang maskara kerana banyak lagi jenama lain yang menawarkan maskara bagus pada harga lebih murah tetapi, jika anda mahu mencuba apa salahnya.

#5 Physicians Formula Illuminating Primer: RM69.90

Botolnya sahaja sudah mewah diperbuat daripada kaca serta dihiasi penutup ombre merah jambu, rata-rata individu yang pernah mencuba berpuas hati dengan cecair primer ini kerana ia sekaligus dapat meratakan oermukaan kulit dengan menutup pori secara baik.

Foto -ARkib Wanista

Lebih gah, ada juga pengguna yang berkata primer ini setanding Becca Backlight Primer yang harganya berlipat kali ganda jauh lebuh mahal. Bau Physicians Formula Illuminating Primer juga tidak keterlaluan.

Menyimpan dan belilah produk kosmetik yang berkualiti dan mampu milik kerana ia juga berkualiti dan kaya dengan elemen pemulihan kulit seperti rangakian terkini dari Physicians Formula ini.

Selamat mencuba! ❤