Nampaknya, masyarakat masa kini lebih gemar memilih jalan pintas untuk memudahkan kehidupan seharian.
Seperti lelaki ini, dia yang baru-baru ini ada membeli item fesyen daripada gedung membeli-belah atas talian terkemuka ASOS telah menerima bungkusan salah di mana, ia mengandungi dress perempuan, jauh berbeza dengan apa yang ditempahnya.
Dylan Evans yang merupakan seorang Youtuber dan Pengacara Radio dari Liverpool itu pada awalnya menempah dan membeli sepasang kaca mata serta seluar denim namun sebaliknya telah menerima sepasang dress slip rona merah.
Hal berkenaan telah membuatkan dia tampil kreatif, merakam fotonya menggayakan dress tersebut sambil ditemani raut wajah hampa lalu memuat naik status aduan menerusi akaun Twitternya kepada pihak ASOS.
Ayy @ASOS (I might be wrong) but, I’m pretty sure you’ve sent me the wrong order… pic.twitter.com/mFRTi3yg6T
— DYLAN EVANS (@MrDylanEvans) April 11, 2018
“Ayy @ASOS (saya mungkin salah) tetapi, saya sangat yakin bahawa pihak anda telah menghantar bungkusan yang salah kepada saya…”, tulis Dylan.
Tidak lama selepas itu, tweetnya menjadi viral dan mendapat lebih 175 ribu sukaan serta 56 ribu komen. Sebaliknya, ramai yang menyatakan bahawa Dylan kelihatan sangat hebat dalam persalinan dress merah tersebut.
I’m pretty sure they sent you the right order as that dress looks amazing 😉
— Jelly Fletcher (@JellyWTBelly) April 12, 2018
You look pretty damn fabulous though 🙌🏻🙌🏻
— Scribs (They/Them) (@DoodlesHearts) April 13, 2018
This looks surprisingly good so maybe it's meant to be… Still need the sunglasses tho pic.twitter.com/LPrzbteHvX
— Lazy Girl Luxe (@LazyLuxe) April 13, 2018
😅😅😂 Hahaha he actually wears the dress better than I would! 🤨
— Vicky Bee (@ItsVickyBee) April 12, 2018
Dalam masa yang sama, pihak ASOS juga sempat membalas tweet Dylan dengan berkata, “Ayy En. Dulan, anda memang bijak menggayakan dress tersebut! Sila hantarkan 9 digit nombor tempahan anda berserta alamat email berdaftar anda kepada kami menerusi DM dan kami akan menguruskan proses pertukaran tempahan”.
https://twitter.com/ASOS_HeretoHelp/status/984143846115303425?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Findianexpress.com%2Farticle%2Ftrending%2Ftrending-globally%2Fman-receives-wrong-order-wins-twitters-by-posting-photo-slaying-in-red-dress-5138321%2F&tfw_creator=indianexpress&tfw_site=The%20Indian%20Express
Pernah tak perkara macam ni terjadi kepada anda semua? Hehe
SUMBER