Berita & Isu Semasa

Alasan Pasangan Kekasih 14 Dan 15 Tahun Ni Nak Kahwin Memang…

Izzah Azizah
/
Beauty Enthusiast. Instagram: @izzahabaziz
Alasan Pasangan Kekasih 14 Dan 15 Tahun Ni Nak Kahwin Memang…

Trend kahwin muda memang sudah menjadi suatu kelaziman di zaman masa kini. Iyalah zaman datuk nenek kita sahaja yang kahwin muda. Bila masuk alaf baru ini, kalau habis SPM sebut nak kahwin memang kecohlah satu keluarga!

Biasanya alasan pasangan muda yang mahu berkahwin ini mereka mahu mengelak maksiat ataupun sudah terlanjur.

Lain cerita dari negara seberang, apabila remaja berusia 14 dan 15 tahun dari daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ingin bernikah hanya gara-gara takut tidur seorang diri. 

Mereka jadi tular dilaman sosial setelah mendaftarkan diri untuk berkahwin dan mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan. Jika dilihat dari segi undang-undang di Indonesia, usia paling muda untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.

Pada mulanya permohonan mereka ditolak oleh Pejabat Agama Bantaeng kerana usia mereka yang terlalu muda tapi telah diluluskan semula oleh Mahkamah Agama Bantaeng setelah membuat rayuan.

Alasan kerana takut tidur seorang ialah dari remaja perempuan yang mengaku sering ditinggalkan sendirian oleh bapanya yang kerap bekerja diluar daerah dan ibunya pula telah meninggal dunia.  

Tak sangka alasan macam itu pun boleh jadi faktor untuk berkahwin. Tak apalah, jangan kahwin dengan suami orang sudahlah dik! 

SUMBER

Komen Anda