Kecantikan

Jangan Guna, Produk Daiso Ditarik Balik Sebab Kandungi Bahan Penyebab Kanser

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Jangan Guna, Produk Daiso Ditarik Balik Sebab Kandungi Bahan Penyebab Kanser

Jika anda merupakan pengguna tegar produk Daiso kerana harganya murah, sekarang kena berhati-hati kerana terdapat produk yang dikesan mengandungi bahan penyebab kanser.

Kita sedia maklum, Daiso adalah syurga membeli-belah yang dipenuhi dengan hampir apa sahaja produk dari Jepun dan kesemua ditawarkan dengan harga murah. Memiliki rangkaian kedai di seluruh dunia, juga menjual pelbagai produk kecantikan dengan harga yang berpatutan.

Foto – Daiso

NHK penyiar berita Jepun melaporkan bahawa tiga produk Daiso didapati mengandungi bahan formaldehid yang menyebabkan kanser, dan ini tidak memenuhi keperluan kesihatan. Produk-produk ini adalah EverBilena Grey Hair Cover Up dalam Black, Dark Brown, dan Brown. Produk jenis “touch-up pens” diaplikasi pada rambut uban dan serta-merta mengubah mereka mengikut rona dari pen.

Foto – Pinterest

Rangkaian produk ini dihasilkan oleh Sunpalko, sebuah syarikat yang berpusat di Tokyo, tetapi dihasilkan di Taiwan. Pemeriksaan yang mendapati kehadiran bahan berbahaya itu dimulakan oleh Sunpalko.

Daiso dan Sunpalko memberitahu NHK bahawa mereka tidak menerima sebarang aduan tentang produk daripada pengguna tetapi telah menasihatkan pengguna supaya tidak menggunakannya. Produk tersebut telah dijual di Daiso sejak Disember 2012 dan 2,000,000 unit telah dijual setakat ini di Jepun.

Pihak Wanista tidak mengetahui produk ini dijual di Daiso Malaysia atau tidak. Afterall, anda semua diminta berhati-hati sebelum membeli sesuatu barang.

RUJUKAN

BACA  Untuk Wanita! Siapa Yang Kesunyian, Boleh Beli Bantal Peluk Ni

Komen Anda