Hiburan

OMG Lainnya, Peminat Kecewa Dan Terkejut Idol Apink Namjoo Ubah Muka

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
OMG Lainnya, Peminat Kecewa Dan Terkejut Idol Apink Namjoo Ubah Muka

Pembedahan plastik merupakan norma di Korea Selatan. Sejak di usia muda lagi, mereka telah didedahkan dengan dunia kecantikan malah pembedahan plastik dijadikan ganjaran ibu bapa untuk anak-anak mereka apabila mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Walaubagaimanapun tidak semua menyukai akan perubahan tersebut. Hal ini terjadi pada salah seorang ahli kumpulan Apink, Namjoo yang tampil berbeza ketika menghadiri 2018 KOAFEC (Korea-Africa Economic Cooperation) pada Jumaat (13 April lalu) dengan wajah yang baru, langsung tidak dikenali.

Foto – Koreaboo

Ternyata peminat dan netizen terkejut dengan perubahan drastik yang langsung tidak menunjukkan itu adalah Namjoo. Yang pasti, ramai membuat spekulasi gadis muda ini melakukan operasi pembedahan plastik di bahagian hidungnya yang ketara lain daripada yang asal.

Foto – Koreaboo

Bila ditanya tentang hal itu, agensi Apink, Plan A Entertainment telah mengeluarkan kenyataan, yang mereka tidak tahu menahu akan perkara tersebut dan tidak ingin membuat sebarang komen.

Perubahan wajah yang ketara itu menjadi bual bicara netizen yang rata-rata mengeluarkan komen-komen yang agak kesat dan keras.

“Wow… Namjoo’s trying to hide her face. Other members don’t look happy either… They’re all forcing themselves to smile, I can see it… Geez.”

“I’m an Apink fan and this breaks my heart. Namjoo’s beautiful without plastic surgery! Stupid agency… I think she got her nose and lips done.”

“Namjoo probably got just her nose done. But it looks like she had a lot of stuff done…”

Foto – Allkpop

Penulis sendiri terkejut melihat perubahan wajah Namjoo tetapi kalau itu yang dia mahukan dan gembira, kita tidak boleh berbuat apa.

Sayangnya sebab Namjoo nampak better dengan wajah sebelum ni…

RUJUKAN

BACA  Wonjin Beauty Medical Group: Pembedahan plastik Korea Selatan kini di Malaysia

Komen Anda