Makanan

Rupanya Tak Boleh Masukkan Minyak Ketika Rebus Spageti, Sebab…

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Rupanya Tak Boleh Masukkan Minyak Ketika Rebus Spageti, Sebab…

Benda paling senang nak masak ialah pasta atau spageti, lagikan dengan pelbagai sos segera yang mudah didapati di pasaraya. Boleh siap dalam masa setengah jam sahaja!

Cara-cara memasak spageti memang mudah dan trik paling popular dengan merebus spageti dengan mencampurkan sedikit minyak dalam air. Katanya dengan cara tersebut mengelakkan spageti dari melekat atau untuk memastikan air dari terlebih rebus.

Tapi ada laporan Curiosity mengatakan cara tersebut, kenapa pula ya?

Peraturan asas sains dan secara logiknya, minyak tidak akan bercampur dengan air. Bayangkan kalau anda isi minyak dalam air, ia tidak membantu apa sekalipun. Rupanya hanya sedikit minyak sahaja melekat pada spageti setelah spageti ditapis.

Foto – Mother Nature Network

Jadi daripada anda membazir minyak, ada cara lain untuk masak spageti tanpa melekat.

Yakni dengan menggunakan periuk atau bekas yang besar dan mengisi banyak air. Cara ini bagi spageti punya lebih ruang bergerak ketika dimasak.

Selain itu anda juga boleh mengacau spageti sejurusnya diisi didalam periuk untuk mengelak ia dari melekat. One more thing, adunkan spageti dengan kuah terus semasa ia masih panas atau tambah sedikit air pada spageti.

Tak sangka banyak jer cara untuk mengelak dari spageti melekat dari guna minyak. 

RUJUKAN

Komen Anda