Siapa yang tidak mengenali jelitawan Jun Ji Hyun. Merupakan aktres tersohor yang menerima banyak anugerah, aktres berpendapatan tertinggi dan pernah tersenarai dalam wanita paling cantik di dunia. Namanya cukup gah sehinggakan apa sahaja yang dipakainya, akan sold out dalam beberapa minit sahaja di Korea Selatan.
Paling beruntung bila seorang model ini mula dikenali kerana wajahnya yang pelanduk dua serupa seperti Jun Ji Hyun.
Kenali Lisette Bendicion, model muda di awal usia 20-an. Miliki sepasang mata yang tak ubah seperti Jun Ji Hyun, tinggi lampai, berambut panjang hitam dan berbadan ramping, bahkan bentuk muka juga sama sahaja.
https://www.instagram.com/p/BPU2U_SAw0k/?utm_source=ig_embed
“Setiap kali saya shooting, kesemua krew produksi memberitahu saya kelihatan seperti dia, rasanya sudah banyak kali saya mendengar saya mirip aktres Jun Ji Hyun. Bahkan, pengikut dan rakan di Instagram juga banyak komen tentang perkara yang saman,” jelasnya.
Apabila ditanya bagaimana dia rasa setiap kali dibanding dengan superstar Jun Ji Hyun, Lisette hanya mengatakan;” Saya sangat menghormatinya kerana siapa tidak. Saya telah menonton filem dan dramanya sebelum ini, dia sangat hebat dan cantik. Tetapi akhirnya, sudah tentu saya mahu ingin dikenali sebagai diri saya sendiri, seorang model.”
https://www.instagram.com/p/BNCGUt7gTly/?taken-by=lisettebendicion
Memang sama sangat. Untunglah!