Ikatan persahabatan antara tujuh anggota kumpulan BTS, RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, Jungkook adalah sesuatu yang kita semua ingin alami dalam hidup kita. Sahabat yang sentiasa ada bersama di kala suka dan duka, senang dan perit.
Sama ada pertelingkahan lucu antara satu sama lain, sokongan tidak berkesudahan yang ditunjukkan atau pelukan erat jika salah seorang menghadapi saat kesusahan. Satu perkara yang pasti ialah persahabatan mereka benar-benar unik dan sesuatu yang patut dihargai dan paling penting real, langsung tidak dibuat-buat.
Wanista klasifikasi 5 perkara ini bila melihat hubungan tujuh anak muda ini.
#1 Mengambil Berat Satu Sama Lain
Masih ingat akan momen di mana V memberitahu para peminatnya tentang berita kematian nenek tersayang yang telah membesarkannya 14 tahun?
Semasa dan selepas ucapannya, V mengalirkan air mata sederas yang mungkin. Apabila dia selesai bercakap, Jimin sepantas kilat berlari ke arahnya dan memeluknya dengan erat.
- Foto – Tumblr
Untuk pengetahuan anda, pelukan mampu bertindak sebagai ‘selimut keselamatan’ yang membaluti tubuh si penerima, menunjukkan kepada mereka yang anda memang benar-benar prihatin dan sentiasa sedia untuk berada di samping mereka.
#2 Sokongan Menguatkan Persahabatan
Tidak lama dahulu, Suga telah memenangi anugerah Hot Trend, dan apa yang menarik perhatian penulis ialah reaksi setiap ahli terhadap kemenangannya, jelas membuktikan bahawa mereka saling menyokong dan gembira dengan kejayaan yang lain.
Sedikit tidak ada perasaan hasad dengki atau tidak puas hati satu sama lain.
- Foto – Pinterest
Respect!
#3 Yang Lemah, Dibantunya
Jika salah seorang terlupa koreografi atau tidak dapat menyanyi dengan baik, menulis lirik, menghasilkan lagu, merakam lagu, mereka sentiasa saling membantu.
- Foto – Pinterest
Yang abang membantu si adik mula menulis lagu sendiri, J-Hope memberi inspirasi kepada Jungkook dan Jimin untuk terus menari, Jungkook pula memberi inspirasi kepada Jimin, V dan Jin untuk meningkatkan teknik nyanyian mereka, RM pula memberi inspirasi kepada Jungkook.
V mengajar Jungkook untuk lebih berkeyakinan dan berani, RM dan Suga memberi inspirasi kepada J-Hope untuk terus memperbaiki cara rap, Jin dan J-Hope terusan mengajar kesemua ahli BTS untuk menjadi lebih positif dan seterusnya.
#4 “Real Friends” Bila Lakukan Perkara Bodoh atau Memalukan Bersama
“This is what are friends for.”
- Foto – Pinterest
Walaupun bila anda melakukan perkara yang memalukan, dia turut serta sekali bahkan menggalakkan lagi.
- Foto – Soompi
Lebih-lebih lagi bila Jin acapkali mereka dad-jokes untuk membuat BTS gembira walaupun adakalanya jenaka tersebut sudah basi dan tak masuk dek akal.
#5 Sentiasa Mengusik Satu Sama Lain
Anda tahu bahawa seseorang itu adalah real friends bila mereka hanya mampu tersenyum dan membiarkan sahaja bila rakan mengusik, langsung tidak marah dan mengambil serius akan perkara itu.
- Foto – Tumblr
Bila mana Jungkook kerap mengusik Jimin tentang ketinggiannya yang hanya 173cm dikalangan mereka yang rata-rata 177cm ke atas.
Yang pasti persahabatan mereka terus kuat, sebelum debut sehinggalah sekarang. Masih lagi mengharungi suka dan duka bersama.
Ini antara sebab mengapa BTS terus mendapat perhatian dari peminat seluruh dunia, bukan semata-mata muzik mereka sahaja bahkan persahabatan mereka sangat neutral yang cukup buat kita kagum dan hormat.
They cry together.!