Fesyen

Pakaian Sukan Lasak Paling Bergaya, Idea Rihanna Memang Gempak!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Pakaian Sukan Lasak Paling Bergaya, Idea Rihanna Memang Gempak!

Jika anda tidak tahu, nama jenama FENTY yakni dari penyanyi pop Rihanna bukan sahaja mengeluarkan produk kosmetik Fenty Beauty malah berkolaborasi bersama Puma dalam menghasilkan koleksi pakaian untuk wanita masa kini. Masih ingat lagi tak sandal berbulu yang jadi viral dan jadi banyak copy products, itu semua dari rekaan asal FENTY PUMA by Rihanna. 

Dari air tangan Pengarah Kreatif Fenty, Rihanna terhasil lagi koleksi baru FENTY PUMA by Rihanna untuk koleksi Spring-Summer ’18. Jadi apa yang menarik tentang koleksi terbaharu ini?

Pakaian untuk sukan ekstrem

Khas untuk wanita yang sukakan sukan ekstrem seperti sukan bermotor dan air boleh jadi lebih bergaya dengan gaya kreatif: Beach chic and Motorsport. Koleksi kali ini mengabungkan gaya suit atlet lumba motor dan renang dalam high fashion.

Foto – arkib Wanista.com

Warna dan fabrik

Biasanya pakaian sukan kelihatan bosan dengan warna-warna kelam tapi Rihanna memberikan warna neon berserta efek garisan bagi menyerlah tubuh si pemakai. Terkenal dengan peragaan seksi, keselesaan dari kualiti fabrik kulit yang ringan.

Foto – arkib Wanista.com

Rekaan baru The Creeper

Kasut kegilaan ramai The Creeper diolah lebih funky dan tapak kasut yang lutsinar. Malah tali kasut The Creeper ditukar kepada bungee. Walaupun untuk si gadis lasak, Fenty dan Puma juga melancarkan kasut tumit tinggi dalam koleksi ini.

Foto – arkib Wanista.com

Ada aksesori!

Selain pakaian dan kasut, Rihanna juga bawa keluar aksesori dari pilihan beg seperti fanny pack dan beg uncang yang sesuai untuk aktiviti lasak atau ke gim. 

Foto – arkib Wanista.com

Terpikat dengan barisan koleksi ini? Dapatkannya di stor Puma berhampiran anda! 

Komen Anda