Tips - Percintaan

Kongsi Nasihat Ini Dengan Pasangan Anda Untuk Rumah Tangga Bahagia

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Kongsi Nasihat Ini Dengan Pasangan Anda Untuk Rumah Tangga Bahagia

Tak kiralah anda pengantin baru atau lama, bahkan bakal menjadi pasangan suami isteri suatu ketika nanti. Wajib dipasangkan dalam hati untuk sentiasa berjanji bersama ketika saat jatuh dan bangun.

Pasti setiap pasangan mahukan kebahagiaan yang dicipta dari hubungan cinta mereka. Siapalah yang mahu terus kecundang bukan? Wanista bingkiskan nasihat bermanfaat untuk dua hati, anda boleh kongsi dengan pasangan sebagai penguat kasih sayang.

#1 Berterus-terang dalam apa jua

Banyak kita lihat perselisihan faham berlaku dari punca tidak jujur dan bercakap benar. Sungguhpun apa jua yang berlaku pada diri kita seperti kesihatan, kematian, pekerjaan atau siapa kita berjumpa beritahulah pada pasangan. Sepahit mana pun kenyataan, berterus-terang adalah jalan yang paling terbaik untuk menyelesaikan isu.

Foto – Reader’s Digest

#2 Hati-hati guna media sosial

Penggunaan media sosial boleh jadi gangguan dalam hubungan. Rumah tangga yang baik ialah dengan menzahirkan rasa cinta secara peribadi bukannya awam (media sosial). Juga pasangan yang jarang bersentuhan boleh menyebabkan ada rasa jarak.

Foto – The Knot

#3 Terbuka tentang kewangan

Pasangan yang sudah berkahwin sepatutnya selesa dengan isu kewangan. Tak perlu sorok-sorok lagi dengan keadaan duit dan akaun anda. Malah si isteri mahupun suami sewajarnya faham tentang ekonomi keluarga, tak perlu rasa untuk jadi meminta-minta lebih dari perbelanjaan sebenar. Percaya atau tidak, ramai pasangan bercerai akibat sering bergaduh tentang duit.

Foto – Google

#4 Dia adalah dia… 

Sentiasa ingatkan pada diri anda, selama mana pun anda dengan si dia, anda tak akan dapat mengubah dirinya menjadi seseorang yang anda mahukan. Apa yang boleh anda lakukan ialah anda sepatutnya kena menjadi diri sendiri dan bukannya berkahwin hanya sebab anda mahu dia menjadi bentuk ideal yang anda impikan. Terimalah dia seadanya dan berusahalah untuk menjadi yang terbaik buat dirinya. 

Agaknya ada tak perkara-perkara diatas anda dengan pasangan masih berdiam diri? 

RUJUKAN

BACA  Hindari Momen "Krik-Krik" Ketika Dating Dengan 4 Tips Berkesan