Nak kulit cantik! Nak kulit bebas minyak!
Siapa yang merana dengan kulit berminyak pasti akan menjerit sebegitu. Iyalah, faktor jerawat cepat naik atau tumbuh kerana dari rembesan minyak pada pori-pori yang bertemu dengan pelbagai kotoran kulit.
Rutin penjagaan kulit minyak pasti akan terdorong dengan penggunaan produk bebas minyak tapi sebenarnya anda perlu menggunakan dua produk yang berlainan fungsi lebih lagi dalam krim pelembab.
Khas untuk si kulit berminyak, penulis ingin berkongsi tentang kelebihan mengasingkan pelembab kepada dua kategori iaitu untuk siang (matte/kering) dan malam (melembab).
Keseimbangan
Menurut dari beautician yang penulis pernah terima nasihat mengenai perawatan kulit. Lebih baik kita menjaga keseimbangan kulit melalui pelembab kerana ia adalah langkah pertama ketika prep muka. Perawatan kulit memerlukan keseimbangan terutamanya kulit berbeza pada waktu malam dan siang. Pada hari siang kita lebih banyak untuk melindungi kulit, manakala pada waktu malam lebih kepada merawat.
Kulit berminyak sila tukar…
Penulis syorkan untuk anda yang mengalami masalah kulit berminyak untuk dua jenis pelembab yang berlainan khususnya untuk siang dan malam.
Pada hari siang pastikan anda gunakan krim jenis matte untuk menghadkan pengeluaran minyak sekaligus membantu solekan lebih tahan lama. Selain itu, pelembab matte sangat baik untuk anda yang ingin keluar dengan bare face. Iyalah cukup dengan pelembab kulit tidak terlalu nampak berminyak.
Seterusnya pada waktu malam, lakukan rutin memakai pelembab untuk merawat. Pilih pelembab yang tepat dengan masalah kulit berminyak. Ketika itu kulit mahu dinutrisi dan dimanjakan serta anda memerlukan pelembab yang elok untuk merawat kulit sepanjang malam.
Perubahan
Setelah tiga bulan penulis mengikut aturan ini, terdapat perubahan iaitu mekap penulis lebih tahan lama dari biasa kesan dari pelembab matte dan primer. Malah kesan berminyak dari bangun tidur juga semakin berkurangan. Namun penulis tak dapat elak dari jerawat, ia masih tumbuh dan naik seperti biasa especially ketika hormon berubah a.k.a period.
Pastinya penulis sangat berpuas hati dengan keadaan kulit penulis sekarang. Sekitar zon-T penulis tidak perlu bloating paper banyak kali dan pori-pori juga semakin mengecil!
Dua pelembab yang penulis syorkan dan sehingga kini penulis guna untuk pelembab ialah Origins Willowherb Matte Moisturiser untuk siang dan Wild Ferns Manuka Honey Night Cream Combination Oily pada waktu malam. Produk Origins anda boleh dapatkan di Sephora atau butik kecantikan Origins dan pelembab Wild Ferns penulis beli di Watsons.
Cuba atau tidak?
Penulis tidak paksa untuk anda mencuba cara penulis melembab kulit muka tapi kaedah ini paling penulis suka dan rasa selamat untuk slow down minyak kulit selain memakai primer. Btw, kulit berminyak juga punya kelebihan tersendiri, baca: Kelebihan Dan Kebaikan Kulit Muka Berminyak Yang Kita Tak Tahu!
Tepuk dada, tanya selera sis…