Guinness World Records baru sahaja mengiktiraf Masazo Nonako dari Jepun sebagai lelaki paling tua di dunia pada usia 112 tahun.
Nonako, yang dilahirkan pada 25 Julai 1905 – hanya beberapa bulan sebelum Albert Einstein tinggal di Hokkaido, Jepun. Keluarganya mendedahkan bahawa rahsia kesejahteraan dan kesihatan adalah gula-gula dan mandi air panas.
“Dia memerlukan kerusi roda untuk bergerak tetapi dia masih berada dalam keadaan baik.
“Dia suka makan apa sahaja jenis gula-gula, baik yang Jepun atau Barat. Dia membaca akhbar setiap hari dan sering berendam dalam air panas,” jelas Yuko Nonako, cucunya.
Dia berkahwin dengan Hatsuno pada tahun 1931 dan pasangan itu mempunyai lima orang anak, menurut Guinness World Records. Nonaka secara rasmi mengambil gelaran selepas Francisco Nunez Olivera dari Sepanyol meninggal dunia pada bulan Februari berumur 113.
Jepun sememangnya terkenal dengan kepanjangan usia, sebelum ini pemegang gelaran tertua, termasuk Jiroemon Kimura yang meninggal dunia pada bulan Jun 2013 pada usia 116 tahun.
Kerajaan Jepun melaporkan terdapat kira-kira 68,000 orang berusia 100 tahun atau lebih di negara itu pada tahun lepas.