Fesyen

5 Jenama Fesyen Ini Guna “Sampah” Untuk Buat Pakaian & Aksesori Gah

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
5 Jenama Fesyen Ini Guna “Sampah” Untuk Buat Pakaian & Aksesori Gah

Sejak kebelakangan ini, ramai pihak bersatu untuk menyelamatkan planet daripada pencemaran yang sebenarnya menyumbang kecacatan kepada ekosistem bumi. Siapa sangka dengan kecanggihan teknologi hari ini, kita sebenarnya bisa mengolah bahan buangan untuk menjadi inovasi baharu yang lebih berguna buat manusia sejagat.

Seperti beberapa jenama fesyen terulung ini, idea berkelas mereka untuk menghasilkan helaian rekaan daripada material kitar semula adalah patut diberi pujaaan. Ini lima jenama fesyen yang bijak guna “sampah” untuk hasilkan koleksi gah pilihan Wanista.

#1 Mayamiko

Berpangkalan di UK, ia dibangunkan sejak 2013 oleh Paola Misperi yang mengetengahkan rekaan pakaian, aksesori dan perhiasan rumah sebenarnya dibuat dii Malawi.

Sumber: Mayamiko

Setiap satunya disuntuk dengan elemen tradisi Afrika menggunakan teknik khas menghasilkan rekaan bersifat kontemporari.

Istimewanya koleksi dari jenama ini, ia diproses menggunakan tangan secara tradisional bahkan lebihan bahan-bahan yang digunakan juga semuanya akan dikitar semula untuk mencipta rekaan baharu termasuklah kain perca serta stok-stok yang tidak terjual.

#2 Sunad

Jika anda menggemar tegar helaian kemeja anda pasti akan jatuh hati dengan jenama fesyen dari Sepanyol ini.

Menghasilkan helaian fesyen berasaskan 100% material serat asli, ia dibangunkan dua sahabat bernama Paloma Canut dan Ana Marroquin sekitar 2015.

Sumber: Vogue.com

Menurut Paloma dan Marroquin, selama ini banyak jenama fesyen telah menggunakan materil berserat tiruan kerana harganya lebih murah dan sumbernya cepat diproses sehingga menyebabkan pencemaran kerana pelupusan serat tiruan bakal menjejaskan keadaan bumi. 

Justeri, mereka ingin mula bangunkan penggunaan serta asli kembali demi menyelamatkan bumi dari ancaman sintetik namun masih mahu menawarkan item fesyen padahrga mampu milik buat para pengguna yang turut prihatin terhadap pemuliharaan alam.

#3 Mat & Nat

Mat & Nat adalah singkatan dariapda perkataan “Material” dan “Nature” dibangunkan sejak 1995 lagi.

Sejak dari dahulu, mereka tidak pernah menggunakan sebarang sumber yang diambil daripada kulit binatang malah sejak kebelakangan ini banyak menghasilkan beg yang diperbuat daripada bahan-bahan buangan yang telah diproses semula seperti nilon kitar semula, sisa papan, sisa getah dan gabus untuk menghasilkan ciptaan baharu yang lebih gah.

Beg dibuat daripada gabus. Sumber: vildamagazine.com

Bukan itu sahaja, lapisan sebelah dalam beg yang dihasilkan mereka juga telah memanfaatkan 100% botol plastik kitar semula.

#4 Biji-Biji Design

Kreatif menggunakan lebihan barang terbuang, Biji Biji berazam mahu menawarkan kehidupan yang mampan buat semua.

Kilangnya dibangunkan di kota Kuala Lumpur, Biji Biji juga banyak menganjurkan bengkel dan kelas mengajar cara membuat aksesori menggunakan bahan terbuang di samping mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai jenis beg yang diperbuat daripada tali pinggang keledar kereta yang terpakai. Sumber: Poskod.my

Antara barangan yang dihasilkan Biji Biji adalah termasuk aksesori barang kemas, beg kepit, beg tote dan banyak lagi.

#5 H&M Concious Exclusive 

Setiap tahun H&M akan berkolaborasi dnegan jenama fesyen terkemuka untuk hasilkan item fesyen berasaskan bahan kitar semula dan tahun ini, giliran “7th Edition” oleh pereka fesyen duo, Karin dan Carl Larsson pula menunjukkan bakat untuk menghasilkan rekaan bermutu dan mewah berasaskan bahan terbuang termasuklah logam perak terpakai, serat pakaian yang diambil dari jala ikan, linen organik dan bahan poliester terpakai.

Sumber: Pinterest

Koleksi H&M Concious Exclusive 2018 musim ini dibangunkan untuk menunjukkan tanda sokongan kepada pemuliharaan laut dan darat yang sekian lama tercemar dan kami ini setiap satunya disuntik dengan elemen feminin menerusi perincian tekstur yang boleh dilihat pada lipatan fabrik kasut, logam terpakai yang dijadikan bentuk putik bunga tulip serta renda yang dirapi menggunakan serat benang-benang jala ikan. 

Hmm… tak sangka “sampah” pun boleh bernyawa semula kan? Patutlah harganya pun mahal. Bukan mudah sebenarnya hendak mengubah bahan terbuang menjadi material yang berfungsi.