Resipi

Rahsia Buat Telur Goreng Garing Seperti Di Kedai Tom Yam

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Rahsia Buat Telur Goreng Garing Seperti Di Kedai Tom Yam

Kadang-kadang makan air tangan orang memang jauh lebih sedap rasanya berbanding makan air tangan sendiri betul tak? Biarpun hidangan itu cumalah sajian ringkas yang berupa telur goreng atau telur dadar, rasanya jauh berbeza lebih-lebih lagi apabila makan di kedai seperti kedai Tom Yam.

Rasa telur goreng di gerai atau restoran Thailand memang sedap sangat kerana garing dan pastinya ada satu ramuan rahsia yang membuatkan telur goreng dadar yang dianggap biasa itu menjadi ‘luar biasa’.

Wanista kongsikan resepi buat telur goreng dadar ala kedai Tom Yam.

Sumber: seriouseats.com

Bahan:

  • 2 – 4 biji telur
  • 2 – 4 camca sos ikan
  • 1/2 sudu besar tepung beras
  • Minyak mengoreng

Cara:

1. Pukul telur bersama sos ikan dan tepung beras.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Teknik menggoreng telur dadar Thailand ini akan menggunakan minyak penuh.

3. Degan api serdehana, setelah minyak panas, tuangkan campuran telur yang sudah dipukul daripada aras yang tinggi.

4. Biarkan ia garing sebentar sebelum menterbalikkan telur untuk menggaringkan bahagian yang sebelah lagi.

5. Ketika sudah menterbalikkan, naikkan suhu api dan biar ia garing. Pastikan tidak hangus.

Sumber: Pinterest

6. Angkat dan toskaan di atas tisu dapur agar lebihan minyak dapat diserap.

7. Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

8. Boleh juga sediakan sos cili thailand sebagai cicahan. Siap!

Dapat makan dengan nasi bersama Tom Yam panas ni memang sedap sangat :)

Selamat mencuba! ❤