Bak kata pepatah, “Rambut sama hiyam, hati lain-lain”… begitu juga dengan selera kita, amalan pemakanan kita pastinya berbeza dengan orang lain di sekeliling. Tak perlu lihat contoh jauh, bandingkan sahaja diri kita dengan adik-beradik kita, pasti berbeza.
Seperti penulis sendiri pun, penulis jenis yang tidak makan ikan, makanan laut dan langsung tidak pernah menelan sebarang makanan yang berasaskan organ haiwan baik hati, hempedu mahupun pedal. Hal itu sangat berbeza dengan adik-beradik penulis yang rata-ratanya tidak cerewet pasal makanan.
Kadang-kadang penulis pernah terfikir untuk menjadi vegetarian dan selidik punya selidik, rupanya penulis ini boleh dikira sebagai “vegetarian” tau? Walaupun masih mengambil makanan yang bersumberkan ayam dan daging.
Untuk anda yang bercita-cita menjadi vegetarian, ini senarai jenis-jenis individu pemakan sayur-sayuran yang anda perlu tahu.
#1 Flexitarian
Flexitarian adalah individu yang vegetarian tetapi masih lagi bersifat fleksibel. Pada hari-hari biasa mereka ini akan mengamalkan diet sayuran dan buah-buahan tetapi jika menghadiri majlis keramaian seperti parti atau kenduri dan sebagainya, mereka mampu memakan sebagarang makanan yang berasakan daging atau makanan laut bergantung kepada makanan yang disediakan.
#2 Pollo Vegetarian
Pollo Vegetarian adalah individu yang tidak memakan sebarang daging merah seperti daging kambing, daging lembu dan lain-lain. Walau bagaimanapun, masih makan produk tenusu, daging burung seperti ayam dan itik, makanan laut, ikan serta telur.
#3 Pescos Vegetarian
Pescos Vegetarian tidak makan semua jenis daging tetapi masih mengamalkan pemakanan yang berasaskan makanan laut, susu dan telur.
#4 Lacto Vegetarian
Lactobacillus adalah individu yang lebih kurang sama dengan vegetarian cuma, mereka tidak makan sebarang daging binatang, makanan laut dan ikan namun masih tetap mengambil susu dan produk tenusu lain seperti krim dan keju.
#5 Obo Vegetarain
Ovo Vegertarian adalah individu pemakan sayur dan buah-buahan yang masih mengambil produk tenusu dan telur ayam. Apa yang mereka tidak makan adalah makanan berasaskan daging merah, ikan dan makanan laut.
#6 Vegan
Vegan adalah vegetarian sebenar di mana, pengamalnya memang hanya akan memakan sayur dan buah-buahan sahaja sepanjang hidupnya. Mereka tidak akan pernah makan daging, ikan, maknan laut, telur atau sebarang produk tenusu.
#7 Fruiterian
Pelik! Mereka adalah orang yang hanya makan buah seumur hidupannya. Percaya atau tidak, memang wujud individu yang hanya makan buah kerana mereka masih mampu mendapatkan sumber vitamin dan serta menerusi buah-buahan yang dimakannya -meskipun tidak mengambil sebarang sumber daging, tepung, nasi, ikan dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, zat yang berada di dalam buah-buahan sahaja sudah cukup untuk mengekalkan kesihatan tubuh.
Ada sesiapa nak jadi Fruterian? ❤